Saya yakin laporan yang dibuat oleh harakahdaily bahawa pengundi Kuala Terengganu akan menghukum Wan Farid kerana ego ada kebenarannya.
Memang dari dahulu beliau dikatakan ego dan sombong. Maka tidak pelik jika beliau dihukum oleh orang Kuala Terengganu bagi menyedarkan beliau.
Harakahdaily melaporkan bahawa pengundi Kuala Terengganu sudah pun membuat keputusan untuk melakukan undi protes kepada Umno/BN apabila proksi Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dibawa masuk semula dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang sememangnya seorang tokoh yang tidak mesra rakyat.
Dengan platformnya sebagai senator dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, sekali lagi Wan Mohd Farid menunjukkan keegoaan dengan mengerah 6 ribu anggota polis dengan alasan mengawal keselamatan warga Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil ini.
Tindakan beliau ini menggambarkan warga Kuala Terengganu seolah-olah penuh dengan kumpulan samseng, tidak pandai mengatur diri dalam suasana pilihanraya, suka bergaduh dan suka buat kacau.
Warga Kuala Terengganu amat malu dengan gelagat Wan Mohd Farid yang tidak habis-habis dengan sikap egonya terhadap rakyat.
Sebelum ini, mana-mana pilihanraya umum maupun kecil, pihak polis tidaklah sebegitu ramai dikerah dalam mengawal keselamatan rakyat.
Pilihanraya kecil di Permatang Pauh yang penuh sensasi dulu pun tidaklah sebegini penglibatan anggota polis. Apakah ini bukannya penyalahgunaan kuasa seorang menteri?
Comments
Saya nampak keegoaan Mustapha Ali lebih dashyat jika dibanding dengan Datuk Najib. Sepanjang di Kuala Trengganu Datuk Najib tidak pernah menampakkan keegoannya. Bahkan bila bercakap, beliau sangat menjaga tutur-katanya. Sedang Mustapha Ali kerap membuat tududhan tanpa bukti kepada jentera kerajaan spt polis dan SPR.
Yang mana berlagak angkuh.
alah keorang demo kata bebal, alah kedemo buta kayu.
Taipingmali..umno memmang ego, guna segaja jentera kerajaan, guna kedudukan jawatan utk kempen..dalam kubur hangpa jawabla sendiri.
Insyaallah umno...kalah
PAS menang.