SALAH LAKU FAM : SILA SIASAT DAN DAKWA PEMIMPIN TERBABIT????

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menyerahkan pendrive mengandungi butiran laporan mengenai dakwaan ketirisan dan salah laku dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Dalam satu kenyataan ringkas disiarkan di Facebook Johor Southern Tigers hari ini, Tunku Ismail atau popular dengan gelaran TMJ berkata baginda memutuskan untuk menyerahkan pendrive itu kerana tidak lagi mempunyai sebarang masalah dengan FAM.
Awal hari ini, TMJ berkenan menerima kunjungan Khairy di Istana Bukit Pelangi, Johor Baru.
“FAM bukanlah masalah baginda. Baginda hanya ingin menjaga kelab kecilnya, JDT,” menurut kenyataan di Facebook itu hari ini.
Bulan lalu, TMJ mendakwa baginda memiliki maklumat, disimpan dalam pendrive – terima kasih kepada “rakan berpangkat tinggi’ – yang menurutnya dapat memberikan maklumat salah laku FAM.
Maklumat itu termasuk aktiviti dalam FAM, ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, orang-orang media yang FAM selalu gunakan termasuk bekas-bekas pemain di Malaysia, duit kelab yang diambil FMLLP dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek.
Kita mengharapkan salah laku ini disiasat dengan terperinci bukannya oleh Khairi Jamaluddin tetapi oleh badan penguatkuasa seperti SPRM dan Polis. Salahlaku seperti ini tidak boleh dibiar dan didiamkan. Salahlaku inilah yang memusnahkan negara dan tamadun bangsa.

Sumber : FMT

Comments