PAS SIBUK : TAK SERTAI HIMPUNAN TANGKAP MO1

PAS tidak memberi sebarang arahan kepada ahlinya untuk turun ke demonstrasi #TangkapMO1 anjuran mahasiswa esok, kata Ketua Dewan Ulama.
Ini kerana parti Islam itu terbabit dengan acara lain, kata Datuk Mahfodz Mohamed dipetik dari portal FMT
“Yang saya tahu tidak ada apa-apa arahan daripada PAS untuk menyertai demonstrasi #TangkapMO1. Esok kita ada program sendiri,” katanya ketika dihubungi FMT.
Pemberita tidak sempat bertanyakan mengenai program yang disebutkan itu.
Tunjuk perasaan #TangkapMO1 dianjurkan bagi mendesak pihak berkuasa untuk mengenalpasti dan mendakwa individu yang dirujuk sebagai Malaysian Official 1 (MO1) dalam tuntutan penyitaan sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).
Dalam tuntutan itu, DoJ mahu merampas aset yang “terbabit dalam atau boleh dikesan kepada suatu pakatan antarabangsa untuk mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB”.
Tak apalah PAS sibuk. Mereka merasakan program itu tidak memberikan sebarang makna kepada mereka dan rakyat Malaysia sebab itu mereka enggan menyertainya. Kepada anak muda dan mahasiswa inilah pendirian PAS sekarang .............fikirkanlah.

Comments

Ir Anonymous said…
Pendirian PAS mudah aje.. Kalau apa jua aktiviti yg memartabatkan islam, PAS tak de masalah.. Kalau setakat nak berdemo menentang ketidakadilan kerajaan PAS boleh buat sendiri..