BETUL KE NAJIB NAK BERHENTI????

Najib Tun Razak berkata beliau akan menyerahkan kerajaan dan parti dalam keadaan yang kuat kepada pemimpin seterusnya bagi meneruskan legasi perjuangan pemimpin terdahulu.

Namun bagi merealisasikan hasrat itu, Najib yang juga presiden Umno menegaskan anggota parti perlu bersikap setia dan tidak menyerang parti walaupun berbeza pendapat dengan kepimpinan semasa parti, lapor Bernama.

"Perjuangan kita melewati pemimpin ... bila bersara nanti saya nak serah kerajaan dan parti (yang kuat). Saya (akan) pesan (kepada pemimpin seterusnya) tolong bawa parti dan kerajaan (menjadi) lebih hebat daripada zaman saya," katanya.

Beliau berucap di majlis pemimpin bersama rakyat dan perasmian persidangan perwakilan Umno bahagian Tumpat di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Batang, di Tumpat hari ini.

Najib berkata sebab itu beliau menghargai bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan pesanan kepada dirinya supaya membawa lebih banyak kejayaan kepada Malaysia berbanding apa yang beliau (Abdullah) sendiri telah lakukan

Betulkah Najib hendak berhenti? Kami tidak fikir dia hendak berhenti di saat macam-macam isu dikaitkan dengan beliau.

Kenyataa beliau supaya ahli Umno taat pada parti sebenarnya ialah supaya ahlinya tetap taat kepada Najib walau apapun yang berlaku.

Ini adalah sikap yang tidak bertanggungjawab. Sepatutnya sebagai pemimpin beliau mesti menyatakan bahawa ketaatan kepada beliau hanya jika beliau tidak melakukan kesalahan dan ianya tidak mutlak.

Cukuplah Najib jangan perdayakan rakyat dan ahli Umno lagi.

Comments