JURUTERA OIL & GAS MASIH MENGANGGUR APA INDIKASINYA???

Pada 1 Mei tahun ini, ketika seluruh dunia menyambut sumbangan pekerja, Rosdi Che Harun dengan rasminya menjadi seorang penganggur.
Bekas jurutera operasi Petronas ini merupakan antara beribu-ribu kakitangan sektor minyak dan gas (O&G) yang terpaksa menjalankan pembuangan staf secara besar-besaran berikutan kejatuhan harga minyak sedunia, sementara bonus dan kenaikan gaji dibekukan bagi mereka yang bernasib baik mengekalkan jawatan.
Dalam sekelip mata, mereka yang bergelar “jurutera O&G” yang selama ini dibayar gaji lumayan menjadi sebahagian daripada statistik penganggur dan terpaksa menceburkan diri dalam bidang lain sementara menunggu pasaran minyak pulih.
Kini, selepas 4 bulan, Rosdi yang berasal dari Terengganu masih bergelut mencari kerja.
Malah beliau terpaksa menjual rumah kedua di Shah Alam yang dibeli menerusi program pinjaman Petronas, selepas diberi masa 6 bulan untuk menjelaskan baki pinjaman.
Beliau menerima pakej pemisahan sukarela (VSP) dari Petronas pada April lalu, di mana pengurusan memberikan masa 2 minggu untuk menimbangkan perkara itu.
“Mereka berkata tidak tahu apa yang akan berlaku kepada pekerja yang menolak VSP. Atas ketidaktentuan itu, saya akhirnya terima,” katanya kepada FMT.
Pada 1 Mac lalu, Petronas mengumumkan penilaian strategik untuk kecekapan operasinya dalam menghadapi cabaran industri minyak dan gas, yang antaranya menyebabkan lebihan lebih 1,000 jawatan.
Apa indikasinya apabila ramai pekerja dibuang atau diberhentikan secara sukarela. Tidakkah ini menggambarkan negara berada dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sehingga banyak kilang-kilang ditutup, firma-firma memberhentikan pekerja dan pengangguran semakin meningkat.

Sumber : FMT

Comments