Polis Vs Mat Sabu


Polis tidak menghalang hasrat Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dilapor mahu menyaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas dakwaan dilanggar sebuah kereta polis semasa perhimpunan Berih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis tidak boleh menghalang mana-mana pihak atau individu yang mahu menyaman PDRM termasuk oleh anggota dan pegawai polis sendiri.

“Itu hak individu, kita (PDRM) tak menghalang (saman). Kita agensi yang profesional,” kata beliau.

“Kita dah jalankan tugas kita dengan memberi penjelasan dan gambaran apa yang berlaku itu semalam (tayangan video) ... terpulang kepada mana-mana pihak untuk buat penilaian,” katanya dipetik Bernama Online hari in

Ulasan : Polis memang terkena sindrom penafian sehingga membuat semua penafian terhadap dakwaan rakyat. Sepatutnya Polis sebagai sebuah badan bebas dan penguatkuasa yang bertanggungjawab kepada negara dan rakyat tidak menafikan segala dakwaan tersebut sebaliknya menyiasat segala dakwaan tersebut samada benar atau tidak tindakan mereka menafikan semua isu menyebabkan rakyat semakin ragu dan sangsi kepada Polis. Lebih-lebih begitu banyak pembohongan yang dilakukan oleh Polis termasuk bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor yang menafikan beliau terlibat memukul Anwar sehingga lebam matanya. Akhirnya selepas disiasat ternyata dakwaan Rahim memukul Anwar adalah benar.

Comments