Media pencacai sudah tentu akan memainkan isu bahawa PAS tunduk kepada DAP sehingga menarik balik tindakan penutupan pusat hiburan pada bulan Ramadhan. Perkara sudah tentu akan dijadikan isu baru untuk menyerang PAS Kedah yang mereka katakan tidak konsisten sedangkan BN lah sebenarnya yang tidak menguatkuasakan enakmen negeri 1997 yang memerlukan bar, disko dan kelab karaoke ditutup pada bulan Ramadan yang diluluskan oleh BN sendiri pada tahun tersebut.
Enakmen itu seolah-olah hanya menjadi gajah putih di mana BN tidak pernah pun menggunapakai enakmen itu lantaran takut kepada MCA, MIC dan Gerakan.
Kerajaan PR Kedah sebaliknya telah mengambil langkah drastik mahu menguatkuasakan enakmen itu. Apabila ianya dibantah oleh rakyat kerajaan Kedah sedia untuk berbincang dan bukannya mengambil jalan untuk menutup pintu rundingan.
Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Mohammad Sanusi Mohd Nor memberitahu AFP bahawa kontroversi tersebut telah diselesaikan selepas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak bertemu pengendali premis hiburan hari ini, dan bersetuju mereka beroperasi selagi mereka memastikan tidak ada orang Islam memasuki premis mereka pada bulan puasa.
Ternyata kerajaan negeri Kedah lebih terbuka, matang dan professional dalam menguruskan isu yang melibatkan rakyat bukannya bertindak melulu tanpa mengambil kira kepentingan dan kesejahteraan rakyat.
Comments