Tugu 1Malaysia yang dibina sempena lawatan Najib Razak 4 Februari lalu, sudah semakin usang dan menanti masa untuk rebah menyembah bumi. Tugu yang dibina dengan harga RM352,000 itu ternyata membazir dan tidak memberikan sebarang manfaat kepada rakyat.
Jika ditinjau dari segi pembinaannya iaitu bahan-bahan binaan, upah pembinaan dan sebagainya harga sebenar tugu itu tidak sampai RM100,000. Malah seorang kontraktor binaan yang tidak mahu namanya disiarkan memberitahu bahawa jika beliau dibayar dengan RM100,000 untuk membina tugu itu sudah tentu beliau sudah untung besar. Ini bermakna kos pembinaannya jauh lebih rendah dari RM100,000 memandangkan bahan binaannya terdiri dari papanlapis dan besi-besi biasa sahaja.
Tugu 1Malaysia tersebut dibina daripada tetulang besi dengan ketinggian 17.7 meter dan lebar 9.1 meter yang dibaluti dengan kanvas pada bahagian depan dan belakangnya dengan asasnya diperbuat daripada konkrit.
Satu lagi pembaziran berlaku dan rakyat dimangsakan dahulu kerana kos pembinaannya sudah tentu menggunakan duit rakyat.
Perkara ini pernah didedahkan oleh pimpinan DAP dan beberapa orang blogger sebelum ini.
Comments