Najib lemah dan lembap berpolitik, tindakannya akhir-akhir ini meragukan rakyat

Perdana Menteri Najib Razak lemah dan lembap berpolitik. Beliau ternyata tidak cerdik dalam mengendalikan beberapa isu yang sepatutnya ditangani dengan bijaksana dan cerdik. Najib gagal mengambil kesempatan untuk memenangi hati rakyat apabila mengambil pendekatan 'konfrontasi' dengnan rakyat, suatu tindakan yang semakin menjauhkan rakyat dari Najib dan BN.

Sikap pentadbiran Najib yang samada mengarah atau membiarkan Polis menghentam dan membantai rakyat semasa Himpunan Aman BERSIH 2.0 merupakan kesilapan paling besar Najib. Kalau pun Najib tidak mahu melayan 8 tuntutan BERSIH 2.0, beliau tidak sepatutnya menzalimi rakyat dengan tangkapan kasar, hadiah gas pemedih mata dan mandian air kimia. Sebagai seorang calon negarawan beliau sepatutnya sama-sama turun padang dengan rakyat dan orang-orang Umno menyokong tuntutan BERSIH 2.0. Tidak semestinya beliau turun padang beliau bersetuju dengan tuntutan BERSIH 2.0 dan mengarahkan SPR membuat perubahan. Sekurang-kurangnya tindakan beliau turun padang bersama BERSIH 2.0 akan berjaya menutup isu yang dimainkan oleh BERSIH 2.0 dan PR.

Kesilapan terbaru Najib ialah mengarah atau membiarkan Jabatan Imigresen menahan Peguam 'Scorpene', William Bourdon(gambar) hari ini. Tindakan tersebut sudah tentu menyebabkan rakyat sangsi dan tertanya-tanya mengapa Bourdon ditahan. Jika tidak ada 'udang' di sebalik mee, mengapa beliau ditahan. Penahanan ini merupakan suatu kesilapan paling besar dalam pentadbiran Najib. Sepatutnya beliau menghantar wakilnya untuk berforum atau berdebat dengan Bourdon dan mengemukakan hujah-hujahnya supaya rakyat tahu bahawa Bourdon tidak benar. 

Saya bersetuju dengan pendapat bekas Menteri Penerangan, Kadir Sheikh Fadzir yang menyatakan bahawa kalau kita mula mahu sorok dan sebagainya, maka rakyat akan berasa syak wasangka sebab amanah (sejak) Merdeka (dan) pada zaman Tun Razak (adalah) memberi kebebasan bersuara.

TV Selangor juga memetik tokoh veteran Umno itu yang mahukan kerajaan menilai secara positif sebarang pandangan yang dilontarkan oleh mana-mana pihak.

Comments

Anonymous said…
setuju dgn pandangan tn..sekurang2nya tindakan cerdik najib akn menyebabkan golongan atas pagar berfikir 2 kali, tetapi dgn mengambil tindakan tidak diplomatik terhadap golongan yg mahukan sesuatu secara aman..akn menyebabkan hati rakyat semakin jauh, kesan bersih sgt2 berat krn isu bersih dimainkan hampir sebln dan disaksikan diseluruh dunia.,Dengan pengalaman plg lama dlm politik..sgt memalukan bhw inilah Perdana Menteri Malaysia..sori to say, my vote is not for him...anymore.