Selamat Hari Lahir PM Najib, jadilah seorang pemimpin yang matang

Selamat Hari Lahir wahai PM Najib, jadilah pemimpin yang matang. Itu ucapan saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang dahagakan sebuah negara yang benar-benar demokratik, telus, aman, damai serta mempunyai pemimpin yang rasional, berakhlaq dan matang.

Tindakan kerajaan sejak akhir-akhir ini amat memalu dan menyedihkan saya. Rakyat dijadikan musuh tanpa adanya toleransi dan budi bicara dalam apa juga hal. Selain itu isu-isu perkauman dan agama yang lapuk terus dimainkan walaupun kita sudah berada dalam era moden sekarang.

Di saat negara lain membuat pelbagai pembaharuan dalam sistem pentadbiran dan pilihanraya kepimpinan Najib berundur ke belakang apabila bertindak zalim terhadap rakyat yang menuntut pembaharuan dalam pilihanraya seperti yang berlaku dalam Tragedi BERSIH 2.0.

PM Najib juga menambahkan lagi imej buruk yang ada pada dirinya apabila menangkap Peguan Scorpene, William Bourdon semalam. Tindakan ini sudah tentu menyebabkan rakyat bertambah sangsi kepada Najib tentang isu-isu berkaitan dengan skandal Scorpene dan Altantuya. Selain itu dunia luar sudah tentu memandang serong dengan penangkapan Bourdon.  Isunya di sini mengapa Bourdon ditangkap??

Sebagai rakyat yang hakikatnya sedang bernaung di bawah kepimpinan PM Najib, saya sangat mengharap Najib berubah sempena sambutan Hari Lahir yang ke 58 hari ini. 

Selamat Menyambut Hari Lahir semoga menjadi seorang pemimpin yang matang dan layak dilabelkan sebagai seorang negarawan.

Comments