MELAKA DAPAT KETUA MENTERI BARU, RAMAI PASANG BADAN

Desas-desus Melaka akan mendapat Ketua Menteri baru semakin kencang di Melaka. Yang pasti jika BN kalah sudah tentu Melaka akan dapat Ketua Menteri Baru. Kalau Ali Rustam bertanding Parlimen atau digugurkan terus dari menjadi calon Dun, Melaka juga dapat Ketua Menteri Baru.

Kalau BN menang tetapi Ali bertanding Parlimen maka Melaka juga dapat Ketua Menteri baru. Umno/BN memang 200 % yakin mereka akan mempertahankan negeri Melaka, kalau BN kalah pun menurut ramalan mereka hanya di kerusi-kerusi majoriti pengundi Cina seperti di Kesidang, Bandar Hilir, Kota Laksamana, Ayer Keroh, Bachang, Duyong, Machap dan Bemban kerusi-kerusi lain mereka yakin akan tetap menang di Dun lain. Mereka sangat yakin untuk menang. Namun kuasa Allah siapa yang dapat lawan.

Oleh kerana ramai yang meramalkan bahawa Ali Rustam akan bertanding kerusi Parlimen kerana beliau ingin mengintai kedudukan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno. Kalau beliau kekal di negeri agak susah untuk beliau dipilih sebagai Timbalan, takkanb Timbalan Perdana Mneteri dilantik di kalangan Senator pula sudah tentu Ahli Dewan Rakyat akan marah.

Bisik-bisik bahawa Ali akan ke pusat menyebabkan ramai pemimpin Umno pula pasang angan-angan untuk menjadi Ketua Menteri Negeri yang banyak memelihara gajah putih ini. Ada yang mula melobi dan pasang badan. Ada  mula mencari 'cable optic' Presiden dan Timbalan Presiden. Ada yang mengaku mereka mendapat restu orang itu dan orang ini. Ada yang menda wa mereka adalah calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan tertentu. Semuanya melobi demi kelangsungan hajat dan cita-cita nafsu serakah mereka. Ada yang mula masuk kampung keluar kampung pukul canang melalui budah suruhan masing-masing.

Antara yang disebut-sebut sedang berangan-angan hendak menjadi pemimpin nombor wahid di Melaka  ialah :
Ahli Parlimen Tangga Batu Idris Haron; Ahli Parlimen Jasin, Ahmad Hamzah; Adun Gadek Abd Ghafar Atan; Adun Ayer Molek, Mohd Yunos Hussin malah Ahli Parlimen Bukit Katil Mat Sirat pun dikatakan ada hati juga. Selain itu ada lagi beberapa nama lain juga memasang niat untuk mendapatkan kerusi empuk lubuk duit bagi orang Umno/BN tersebut.

Kita ucapkan syabas dan selamat berjuang kepada mereka semua.

Comments

Anonymous said…
yang mana satu
idaman kalbu
ali rastam bingai selalu
calon yang lain semuanya hantu
yang mana satu
idaman kalbu
yang boleh ku harap membantu
tidakku ingin merah berjambu
menabur janji semuanya palsu
inilah dia
yangku nanti nantikan
sederhana dasarnya terang
roket kebulan mencari keadilan