Dua tiga hari lepas, orang kuat Ah JIb Gor, Zahid Hamidi dengan angkuh menyatakan bahawa Mahkamah Perancis tidak ada kuasa untuk mengeluarkan waran tangkap kepada mereka jika mereka tidak mahu menjadi saksi setelah disapina mahkamah berkenaan.
"Siapa mereka hendak keluarkan waran tangkap, kami tidak tertakluk kepada undang-undang Perancis" kata Zahid dengan angkuh.
Namun hari ini Peguam Suaram dari Perancis, Joseph Breham berkata mahkamah Perancis yang menjalankan inkuiri berhubung urusniaga kapal selam Scorpene Malaysia-Perancis mempunyai kuasa memanggil semua pihak untuk membuat pengakuan dalam prosiding di negara itu.
"Mahkamah Perancis mempunyai bidang kuasa terhadap semua orang, tidak kira orang Perancis atau tidak, selagi mereka terlibat dalam perkara melibatkan inkuiri sedia ada.
"Dakwaan sebaliknya salah dan mengelirukan," kata peguam beliau yang dilantik mewakili NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam kes saman sivil itu.

Jadi sekarang siapa yang bercakap benar dan siapa yang buta undang-undang dan keras kepala. Persoalan yang selalu bermain di fikiran kita, mengapa Najib dan gangnya begitu takut untuk menjadi saksi sedangkan mereka sendiri menyatakan bahawa pembelian kapal selam Scorpene bebas dari segala penyelewengan, salah laku dan ianya dibuat pengikut prosedur yang betul.
Kata orang, berani kerana benar takut kerana salah salah.
Comments
Lebih baik jadi TPM'tak mahu komen'
Setakat ini nampaknya Zahid dan Najib terus membisu.
Apakah maknanya?