.

.

19 May 2017

PELIK TETAPI BENAR. ORG KENA TAMPAR YG KENA MINTA MAAF

Di Malaysia banyak perkara pelik berlaku. Antaranya orang yang laporan ditangkap, yang melakukan kesalahan bebas; orang kena tampar kena minta maaf orang menampar diangkat menjadi hero.
Pengarah filem Datuk David Teo menyifatkan dunia ini pelik apabila dirinya yang dikasari pada majlis dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Putrajaya, Rabu lalu, dituntut untuk meminta maaf.
"Seseorang tampar saya, tetapi saya perlu minta maaf kepada dia dan orang ramai? Dunia yang pelik," katanya yang dipetik oleh portal Free Malaysia Today.
Teo juga dipetik sebagai berkata, isu tersebut sebenarnya sudah selesai pada malam kejadian dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri sudah memaafkannya.
"Tiada keperluan untuk saya memohon maaf sekali lagi melainkan PM sendiri mahu saya berbuat demikian.
"Bagaimanapun, saya sudah jelaskan kepada beliau yang saya hanya terkejut dengan apa yang berlaku," katanya.
Sebelum ini, Teo menafikan beliau bertindak biadab terhadap perdana menteri.
Sesi dialog Perdana Menteri bersama penggiat seni tanah air pada Rabu lalu itu bertukar menjadi kecoh apabila tanpa diduga pelawak Sulaiman Yassin bertindak mengasari Teo.
Teo didakwa telah meninggikan suaranya selepas tidak mendapat peluang untuk bercakap semasa dialog berkenaan.

1 comment:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter