PAK LAH JANGAN UNDUR, NAJIB TIDAK LAYAK JADI PM

Bukit Katil : Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Melaka, Haji Bakrin Sidek berkata Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mesti mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas perhimpunan agung Umno Mac depan bagi mengelakkan politik negara terus menjadi kalut dan kacau bilau.

"Ini kerana saya melihat Dato' Seri Najib Razak sudah terpalit dengan banyak isu dan kepemimpinannya semakin tidak dihormati rakyat di negara ini, sejak sebulan dua kemelut politik terutama di Perak adalah didakwa didalangi oleh Najib.

"Abdullah jangan mudah menyerah kalah kepada Najib biar pun pada perhimpunan agung Mac depan Presiden Umno sudah beralih kepada anggota parlimen Pekan itu" kata beliau.

Menurutnya kejadian penculikan tiga bekas Adun Pakatan Rakyat di Perak merupakan rancangan jahat Umno yang dikatakan turut melibatkan Najib. Ini kerana setelah menghilang diri beberapa hari mereka muncul bersama Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya dan mengisytiharkan diri menyokong BN.

"Bagi saya sahlah Najib punca kekalutan politik di Perak. Menculik wakil rakyat adalah salah dalam Islam. Malangnya perkara itu berlaku ketika Najib bakal menduduki kerusi Perdana Menteri tidak lama lagi,"

Beliau ditemui di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil di sini malam tadi.

Bakrin yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil berkata, cara yang dilakukan Timbalan Perdana Menteri tidak kena dengan adat orang timur dengan merampas kuasa melalui penculikan wakil rakyat.

"Kita tak dapat terima cara Najib memancing tiga Adun terbabit yang menghilangkan diri dan kemudian muncul di televisyen.

Selain itu Najib juga gagal menguruskan ekonomi negara dengan baik. Pelbagai pakej ransangan diumumkan oleh Najib tetapi nampaknya ia tidak memberikan kesan positif kepada negara kita. Ini membuktikan Najib tidak pandai untuk menguruskan ekonomi negara.

Malah kelemahan ketara Najib dapat diukur apabila Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yackop mengeluarkan kenyataan beliau bahawa benar-benar tak tahu adakah Malaysia boleh mengelak kemelesetan ekonomi dunia sekarang.

Apabila ditanya sama ada Malaysia boleh mengelak kemelesetan, Bernama memetik Nor Mohamad berkata, "saya benar-benar tak tahu kerana terdapat terlalu banyak keadaan tidak menentu sekarang. Enam bulan lalu, kita tidak menjangka dunia akan berada dalam situasi berlarutan seperti sekarang dan kita tidak tahu daripada sekarang, bagaimana keadaan dunia di masa depan."

Walaupun kenyatan itu dibuat oleh Nor Mohamad namun Najib sebagai Kementerian Kewangan mesti bertanggungjawab dengan kenyataan yang tidak cerdik itu. Jadi tidak syak lagi Najib tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri dalam keadaan Malaysia berada dalam kegawatan politik ciptaan Najib dan kegawatan ekonomi yang gagal ditangani beliau.

Bakrin sekali lagi menekankan Abdullah perlu mempertahankan jawatan sebagai Perdana Menteri sehingga menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 bagi mengekalkan kestabilan negara.

Menurutnya tidak sepatutnya beliau melepaskan jawatan disebabkan faktor kekalahan teruk Umno pada pilihan raya umum lalu, sebaliknya perlu terus memikul tanggungjawab tanpa mudah menyerah kalah.

"Kalau Dato' Seri Abdullah rasa tak bersalah dalam hal ini, mengapa harus ambil tindakan untuk berundur. Malah kekalahan demi kekalahan BN pada pilihanraya kecil adalah disebabkan kelemahan Najib yang menjadi Pengarah Pilihanraya BN," ujar beliau.
Katanya tidak menjadi halangan untuk Abdullah terus kekal sebagai Perdana Menteri di Malaysia biar pun bukan lagi mengetuai Umno. Presiden Umno tidak semestinya menjadi Perdana Menteri.

Comments

kedua dua pon tak layak.
najib atau abdullah tidak layak.
Buat PilihanRaya yang baru untuk tentu kan .