POLITIK PERAK : SETIAUSAHA DEWAN PULA JADI PAK TURUT

Kini Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak, Abdullah Antong pula menjadi Pak Turut dan Pak Sanggup kepada kerajaan HARAM Perak. Beliau yang sepatutnya taat kepada 'Boss'nya iaitu Speaker DUN Perak sudah berani untuk ingkar arahan 'Boss'nya semata-mata kerana menuruti dan menjadi 'yes man' kepada kerajaan HARAM BN Perak.
Abdullah hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa cadangan Speaker V Sivakumar untuk memanggil satu sidang tergempar Selasa ni adalah tidak sah.

Katanya, ia tidak boleh diadakan kerana tidak mendapat perkenanSultan Perak berdasarkan Perintah Tetap Dewan Negeri serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Abdullah menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini.
Jelas sekali kenyataan beliau untuk senada dan seirama dengan kenyataan Zambry Abdul Kadir dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya.
Maka tidak hairanlah selepas semua pegawai-pegawai kerajaan HARAM Perak akan mengeluarkan kenyataan sama dengan MB HARAM Perak. Cuma Speaker dan Pengerusi PAC sahaja yang tidak boleh dicucuk hidung dan di'keldai'kan oleh BN.

Comments

Anonymous said…
Melayu jugak pak turut tu...
Anonymous said…
Apa gunanya menjadi orang islam kalau macam itu?

Tengok, Sivakumar, orang Hindu lebih mulia

Tak malu kah???

looes74
Anonymous said…
hindu lebih mulia?? bermakna lebih mulia dari Islam? pelik benar aku dengar orang pembangkang ni cakap. orang pas/pkr ni anti islam ke? sial punya parti.
LeeZ said…
usman habsy ni Allah bagi otak dia taknak gunakan untuk berfikir...

maksud orang yang komen tu org berbangsa bukan melayu lebih mulia tingkah laku dia berbandng ngan orang yang kononnya melayu dan kononnya memperjuangkan hak melayu...

kalau tu pun tak paham lagi... tak dapek nak nolong... sebab dah bebal nak wat macamana lagi...
Anonymous said…
Kenapa dateline di KL tidak di Ipoh?
SU DUN ni pecatkan sahaja kerana engkar perentah speaker.
Apalah Melayu macam ni semua nya memalukan.
Tapi tak apa Lawan tetap Lawan.
A-I-B said…
usman habsi tu jenis orang bangang. Tak tahu nak beza agama dengan bangsa. Tu lah sekolah tak tinggi pasal sekolah UMNO.
Anonymous said…
Buat usman Habsy...India lebih aik dari Melayu.....pecah amanah,kaki rasuah,kaki betina.....rompak duit rakyat.....buat huru-hara kat perak....tak hormat agama sendiri.....tolak hukum hudud...pecat mufti...tutup masjid....larang tazkirah....buat pesta hiburan melalaikan..minum minuman keras(tanya Khiary dan Hishamuddin!)...tapi mengaku Islam....pirah,,kahkha tuik!!Buat pengetahuan sdr usman ...orang India dan Cina akan terus bersama dengan pakatan rakyat kat perak nie...sorry la mereka akan bersama BN...kalu umno lagi lah mereka benci..maklumlah parti perkauman....buat Najib..syuh...pi tengok kawasan sendiri kat pekan Pahang..jangan huru-harakan perak serta perguanakan sultan kami.....ko usman pun kalu rakyat perak...cuba tengok..siapa susah sekarang...rakyat jugak...kalu ko bukan rakyat perak..syuhhh..!!! pi balik negeri ko....buat leez memang puak umno nie selalu bebal sebab Allah dah tutup pintu hati mereka..
Pak Brahim said…
Itulah UMNO, otak berkarat dan berjiwa fahaman warna kulit seperti di afrika.

Tak cukup dengan Bangsa Melayu, di tambah pula dengan Bumiputra, di tambah pula ketuanan Melayu. Tetapi mereka juga yang rosakkan tanah melayu, bahasa melayu, sekolah melayu, tulisan melayu (jawi).

Berlagak sebagai pembela raja-raja melayu dan perlembagaan negara, tetapi mereka lah yang menghancurkan institusi raja-raja melayu dan baru-baru ini mereka juga yang berlagak samseng menceroboh keselamatan Parlimen tempat tertinggi kedudukan Yang DiPertuan Agung dan Perlembagaan Malaysia.

YB Siva, jalankan tugas dengan sebaiknya.

MAKKAL SAKTHI.
Yang penting ialah amanah, sikap jujur dan integriti.
Bukan hal islam, hindu, kristian maupun hal melayu, india, singh, cina , bajau dan lain lain.

Katak PR yang rasuah dan kaki perempuan kemudian lompat keluar parti ialah orang MELAYU , Islam kan?
Semi Value yang "hilang" kan wang Maika ialah orang India , hindu kan?
Soi Lek yang asyik cucuk sana-cucuk sini ialah orang Cina, entah apa kepercayaan dia.buddha ? Taoist?
Najib yang penuh busuk dengan scandal orang apa?melayu bukan arab pon bukan..tapi sembah Allah.

Manusia yang tamat akan berasuah.
Tak kira kaum, jenis, agama , warna ,jantina , taraf , belajar tinggi-tinggi atau rendah rendah , mak dan bapak ialah siapa..Tamak ialah Tamak.Bah kan raja pon boleh jadi tamak.
kalau tak tamak , moyang dia tak akan jadi sultan.
Boleh di beli dan boleh di jual.
Ada orang tamak yang duduk dalam PR dan ada yang duduk dalam bn.
Tamak punya orang ada di mana-mana.

Soal nya Integriti.
Untuk kata " orang hindu lebeh mulia"...ini bukan nya betul.
" Hindu lebeh mulia dari Islam " ini pon tak betul.
usman habsy tersesat jauh.

Tak kira apa ugama, semua nya sama.
Kalau betul Islam yang termulia, melayu tak ada jenayah kan..arab tak ada jenayah kan.?
Fikir baik-baik sebelum komen.
PAS bukan parti sial.
Kita tak tau siapa yang bakal bawa sial . Kita tau umno ada banyak orang sial , tapi bukan semua nya.