SPR membuat keputusan bahawa PRK 2 Bukit dan 1 Batang dijalankan pada hari yang sama iaitu pada 7 April. Pagi ini SPR mengumumkan bahawa PRK Batang Ai dijalankan pada hari sama dengan 2 PRK lain iaitu Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Penamaan calonnya juga pada hari sama iaitu pada 29 Mac.
Ini satu perkembangan menarik kerana keputusan ketiga-tiga PRK ini akan dijadikan asas kepada persepsi rakyat Malaysia kepada BN dan PR yang sudah pasti bertembung antara satu sama lain diketiga-tiga kawasan tersebut.
Di Bukit Gantang Umno akan berdepan dengan PAS, Bukit Selambau pula bakal menyaksikan PKR menentang MIC dan Batang Air, PKR menentang PRS. Walaupun kemungkinan besar calon bebas akan menjadi pengacau di DUN Bukit Selambau dan Batang Ai maupun di Bukit Gantang.
SPR pula sudah tentu akan diperhatikan dengan lebih teliti ekoran dari tindakannya yang dikatakan berat sebelah dalam menentukan tarikh PRK ini. Apakah SPR akan dilihat lebih berpihak dan tidak adil selepas ini atau mungkin juga SPR akan secara jelas menzahirkan dirinya untuk layak digelar parti komponen BN.
Apa pasti rakyat mahukan suatu pilihanraya yang adil, telus dan professional agar institusi ini kembali mendapat kepercayaan rakyat dan parti-parti politik.
Comments