Ayuh kita sertai Himpunan mansuhkan PPSMI

Himpunan Aman 100,000 orang sempena majlis penyerahan memorandum pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di hadapan Istana Negara pada 7 Mac ini akan tetap diteruskan walaupun tanpa permit polis.
Oleh itu saya menyeru seluruh rakyat Malaysia yang cintakan Bahasa Kebangsaan kita, mari kita sama-sama memberikan sokongan kepada GMP bagi menyedarkan kerajaan BN yang meminggirkan Bahasa Kebangsaan di tanahair kita sendiri.
Jangan kita takut dan segan untuk sama-sama menyatakan bantahan kita demi masa depan bangsa dan negara kita yang tercinta.

Pengerusi Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) Datuk Dr Hassan Ahmad berkata mereka bukan mahu mengadakan demonstrasi, sebaliknya hanya mahu mempersembahkan memorandum itu kepada Yang diPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

"Itu salahkah? Saya rasa ia tidak perlu permit (polis) pun," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perjumpaan GMP bersama persatuan yang menyokong gerakan itu di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini malam tadi. Turut hadir Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said.

Hassan yang juga bekas pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata memorandum setebal lapan halaman dengan menggunakan bahasa Istana itu ditandatangani beliau serta lima anggota GMP dan pihaknya juga telah menghubungi setiausaha sulit kanan Yang diPertuan Agong pagi semalam.

Comments

Hasbullah Pit said…
Saya nak pakai baju nikah hari ni.

baju putih.

Kalau nak kasi real, isi & bawa borang nikah sekali..
Hasbullah Pit said…
bukan hari ni, Hari itu