ISU PERAK : SEMUA ORANG BERLAGAK MACAM HAKIM

Semenjak kemelut politik Perak tercetus gara-gara rompakan kuasa di Perak ramai sekali hakim-hakim mee segera memberikan ulasan.

Antaranya 'Yang Tak Arif' Najib Razak; Yang Tak Arif Zambry; Yang Tak Arif Mohamad Taib dan lain-lain.

Terbaru Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak 'Yang Tak Arif' Abdullah Antong Sabri, juga memberikan menjatuhkan hukuman bahawa Sidang DUN Tergempar esok TIDAK SAH. Mana undang-undang dan perlembagaan yang beliau pakai saya pun tak arif.

Menurutnya, tanpa pemasyhuran Sultan Perak itu, sidang DUN tidak boleh diadakan walaupun Speaker, V. Sivakumar telah mengarahkannya mengeluarkan notis segera untuk sidang tergempar tersebut.

"Dalam hal memanggil sidang Dewan, peruntukan Peraturan Tetap DUN 8(1) perlu dibaca bersama dengan Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang berkehendakkan perkenan Sultan Perak untuk memanggil apa- apa sidang DUN sama ada dalam keadaan biasa atau tergempar.

"Oleh itu, pemanggilan sidang DUN tergempar seperti yang dicadangkan oleh Speaker DUN adalah tidak sah dan tidak boleh diadakan kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak," katanya dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Manakala Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak YB V. Sivakumar berkata sidang tergempar Dewan itu esok adalah sah dan akan diadakan seperti yang telah ditetapkan.

Sivakumar berkata beliau dengan pakar undang-undang perlembagaan telah meneliti peruntukan Undang-undang Tubuh dan Perintah-perintah Tetap Perak dan mendapati beliau mempunyai kuasa untuk memanggil sidang tergempar itu.

"Saya dimaklumkan dengan jelas oleh pakar-pakar perlembagaan bahawa memanggil persidangan Dewan secara tergempar adalah terletak dalam ruang lingkup bidang kuasa Speaker," katanya yang dipetik daripada laporan agensi berita.

Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha DUN Perak Abdullah Antong Sabri semalam yang mengatakan Speaker DUN Perak tidak boleh memanggil satu sidang tergempar Dewan itu kerana tindakan itu tidak sah dan tidak boleh diadakan tanpa mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Speaker DUN Perak itu berkata Abdullah telah membuat tafsiran yang salah ke atas PT kerana PT 8 (1) jelas menyatakan notis bertulis menarik perhatian kepada pemasyhuran memanggil Dewan adalah tidak diperlukan, sebaliknya hanya memerlukan notis memanggil Dewan bersidang dikeluarkan dengan seberapa segera.

"Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak pula hanya digunapakai untuk permulaan sesuatu sesi Dewan ataupun apabila Dewan bermula selepas sesi itu tamat. Artikel ini tidak boleh digunapakai dalam keadaan setelah Dewan ditangguhkan dan dipanggil semula untuk bermesyuarat dalam sesi yang sama," katanya.

Comments

Anonymous said…
Pada saya kedua - dua pihak sama saja. Masing2 dgn kepentingan masing2. masing2 kata apa yg dia buat betul. Konon menteri besar hanya boleh dipecat melalui sidang dewan, tetapi speaker boleh pulak menggantung ahli sesuka hati, tidak dibenar masuk dewan. Jika benar nk ikut peraturan dan tidak berpihak benarkan semua adun masuk dan undi boleh dibuat. kadang2 bila kena pada kiat kita marah, tapi kita buat tak apa.... inikah yang dikatakan adil...