ISTANA SETUJU TERIMA MEMO, KERAJAAN BN DAN POLIS TETAP SOMBONG

Istana Negara memberikan reaksi positif bagi menerima memorandum membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Sabtu ini.
Namun saya sangat kesal dengan sikap kerajaan BN dan Polis yang seolah-olah terus bermusuh dengan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) dan rakyat sehingga memberikan amaran kepada rakyat supaya jangan berhimpun pada Sabtu ini.
Mengapa kerajaan dan Polis bersikap begitu sedangkan GMP dan rakyat mempunyai niat baik dan berhimpun bukannya untuk membuat kacau atau melakukan keganasan. Mereka hanya ingin menyerahkan memo kepada Yang Dipertuan Agong.
Jelas sekali kerajaan BN tidak mahu belajar dari pengalaman lalu sehingga meneruskan sikap permusuhan dengan rakyat.

Comments

Syed @ Don said…
satu yg menjadi persoalan kepada saya. Jika ingin menyampaikan memorandum, kenapa perlukan orang yg ramai? apakah hasil daripada demonstrasi jalanan ini? untuk mendapat liputan media?
Anonymous said…
tengok pd memo bro kalo memo nak mintak cuti takpala sorang ni memo nak tubuh kerajaan kalo sorang aje hantar kena gelak la ko raja ko la rakyat kalau boleh satu malaysia turun baru betul tanda sokong bukan mcm umno main negeri2 kalo perak kena serang jgn mintak tolong negeri lain amacam fair tak...cuba mintak tolong pekida dgr citer sana power kasi duk depan kalo kena attack mesti takda masalah perak punyer tunjuk jari aje bro