PEMILIHAN UMNO MESTI DITANGGUHKAN

Datuk Mazlan Harun yang menggesa pemilihan dan perhimpunan agung Umno hujung bulan ini ditangguhkan berkata, pihaknya tetap dengan pendirian mahu meneruskan usaha kemungkinan mendapatkan injuksi mahkamah jika kes politik wang pemilihan tidak diselesaikan sebelum 24 Mac ini.

Walaupun termaktub dalam Seksyen 18 C, Akta Pertubuhan 1966 bahawa mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mendengar sebarang kes yang melibatkan parti politik, ahli Umno Bahgaian Subang itu tetap mempunyai alasan tersendiri mengapa beliau bertegas dengan pendiriannya itu.

Saya menyokong 100 % cadangan Mazlan kerana kita tidak mahu calon-calon yang terlibat dengan rasuah turut bertanding dan menang menjadi pemimpin Umno di peringkat pusat. Sudahlah pemimpin yang terlibat dengan aduan rasuah politik wang telah dipilih menjadi pemimpin Umno di peringkat Bahagian dan Cawangan, kini pemimpin sedemikian akan dipilih pula untuk menjadi pemimpin Pusat dan juga akan mungkin dipilih memimpin kerajaan.

Ini merupakan suatu mala petaka kepada rakyat Malaysia apabila kita dipimpin oleh kaki rasuah. Kita takut nanti negara kita dijual oleh mereka kerana mereka adalah kaki rasuah. Rasuah seolah-olah halal bagi mereka.

Comments