SIAPA TAK DAPAT GAJI? NIZAR ATAU ZAMBRY

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak akan memanggil Menteri Besar, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan MB HARAM Zambry Kadir bagi menentukan siapa yang layak untuk mendapat gaji dan elaun kerana masing-masing mengaku sebagai penjawat yang sah.
Selain itu kedua-dua barisan Exco yang sah dan yang HARAM juga dipanggil untuk memberi keterangan.
Kemungkinan selepas penyiasatan PAC ini salah satu pihak tidak layak untuk mendapat elaun dan satu pihak akan menikmatinya atau mungkin juga kedua-dua pihak tidak akan mendapat apa-apa imbuhan sehingga mahkamah memutuskannya.
Ini satu lagi isu yang menambahkan lagi kemelut politik negeri Perak yang semakin kalut dan kusut. Masing-masing mentasirkan undang-undang dan perlembagaan mengikut perspektif masing-masing.
PR merujuk kepada klausa dan seksyen yang ada dalam perlembagaan bila mengambil apa juga tindakan manakala BN pula mentafsirkannya mengikut nafsu dan kemahuan sendiri dengan berselindung di sebalik kuasa yang ada pada Sultan.
Saya sudah beberapa kali menegaskan hanya satu cara sahaja untuk menyelesaikan semua kemelut ini iaitu dengan membubarkan DUN dan memberi mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru.

Comments