DRAMA HEBAT DI PERAK ESOK

Esok antara babak yang mungkin dapat kita lihat:-

1) Persidangan DUN dijalankan di Kedai Kopi atau di bawah pokok akibat tindakan 'barbarian' BN mengunci Bangunan Perak Darul Ridzuan

2) Polis mungkin akan menangkap sesiapa yang berhimpun di Bangunan Perak Darul Ridzuan termasuk ADUN dan Pegawai-pegawai Dewan Undangan Negeri Perak

3) Sidang DUN tersebut dipulau oleh semua ADUN BN dan pegawai-pegawai DUN

4) Usul undi Percaya kepada YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan pembubaran Dewan diluluskan namun tidak diperakui oleh BN yang mendakwa Sidang DUN itu tidak sah.

5) Speaker akan mengeluarkan keputusan Sidang iaitu Mohammad Nizar mendapat kepercayaan majoriti ADUN untuk meneruskan khidmatnya sebagai Menteri Besar dan DUN Perak dibubarkan dan ianya akan dipersembahkan kepada Sultan Perak. Namun sudah pasti ianya tidak diperakui oleh BN.

6) Dan lain-lain kejadian yang mungkin tidak kita duga.

Comments

Anonymous said…
KEMUNGKINAN JUGA,

Sidang DUN Tergempar besok akan diadakaan di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar atas perkenan Paduka Sultan.

---Minda Tenang-----
Keylee Daud said…
semua rakyat malaysia sudah nampak sekarang..siapa yg jahat...siap manggakan awal2 lagi tu dewan!
tunggu dan lihat..
bagaimana berakhirnya drama ini..