KERAJAAN BN DAN POLIS SUDAH HILANG KEWARASAN

Kerajaan BN dan Polis sudah hilang kewarasan apabila bukan sahaja tidak menghormati rakyat malah tidak menghormati masjid apabila menembak gas pemedih mata dan air kimia di kawasan masjid pada himpunan aman membantah PPSMI anjiuran Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) petang tadi.

Tindakan Polis ini sangat biadap dan sudah melampaui batas.

Jika ingin menghalang rakyat berhimpun secara aman jangan di kawasan masjid pun ditembak dengan gas pemedih mata.

Saya mengharapkan kerajaan BN dan Polis bertaubat kepada Allah dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia dalam insiden ini.


Comments

Anonymous said…
Jgnlah salahkan polis shj. Masjid tempat beibadat bukannya "Tempat Perhimpunan Aman" Dahla tu berhimpun untuk hal duniawi bukannya hal keagamaan.
Anonymous said…
sudahlah kaupun sama macam otak bn dan polis otak udang.............
Anonymous said…
Saudara Sofi,

Ini adalah perhimpunan politik. Orang yang tidak pernah menjejakkakn kaki ke masjid pun sibuk ke masjid hari ini. Orang yang tidak pernah sembahyang pun sibuk berhimpun hari ini.

Saya ke masjid negara setiap Jumaat tak pernah sampai 100,000 orang. Janganlah gunakan masjid dan agama untuk kepentingan politik!
Anonymous said…
saudara Anti Hipokrit

politik dan agama x boleh dipisahkan.

walau apa pun perhimpunan hari ini bukan menjurus kepada politik. Ini mengenai perjuangan bahasa. Janganlah berangapan dengan penyertaan ahli2 politik maka perhimpunan ini dianggap berunsur politik.
Anonymous said…
Polis memang tak salah, yang salah 'kambing putih' yang pekuda 'kambing hitam' Kambing2 putih malaysia ni cukup istimewa sekarang ni. Tak basah dek hujan, tak kering dek panas. Rebus dalam kawah 44 hari pun dah tak hempuk.
Anonymous said…
ooo...masjid tu tempat ibadat...nabi dulu memerintah duduk kat bangunan mcm kat putrajaya ke?nabi memerintah pon dlm masjid...cuba terangkan maksud duniawi anda itu...berlajar ilmu itu wajib...ppsmi tu duniawi ke?bukankan ppsmi itu tentang pembelajaran&pengajaran?ape ayat AL-QURAN mula2 turun kpd NABI MUHAMMAD S.A.W?