ISU EUROCOPTER : TEKANAN RAKYAT DAN PAKATAN RAKYAT BUAHKAN HASIL ~ Ref Malaysiakini

Jika tidak kerana tekanan dan gesaan rakyat supaya isu pembelian Eurocopter disiasat dan ditangguhkan sehingga penyiasatan selesai sudah tentu projek pembelian mega ini akan diteruskan walaupun terdapat kontroversi dari segi proses pembelian dari awal lagi.

Maka oleh kerana desakan ini, kerajaan BN yang semakin terhimpit dengan isu dalaman ini terpaksa menangguhkannya buat sementara. Maka kemungkinan besar menangislah penyangak-penyangak di luar sana yang sedang menanti habuan mereka dari pembelian pesawat mahal ini.

Rakyat, syarikat yang terlibat dan pimpinan Pakatan Rakyat berang dengan proses pembelian yang disifatkan ada unsur-unsur yang tidak baik berlaku. Selain itu harga pesawat tersebut tidak masuk akal di mana ianya jauh lebih tinggi daripada pesawat jenis sama yang dibeli oleh negara Brazil.

Mungkin kerana untuk menutup isu ini kerajaan BN terpaksa memberikan alasan bahawa pembelian helikopter EC-725 keluaran Eurocopter yang bernilai RM1.67 bilion ditangguhkan sebagai langkah berjimat-cermat berikutan krisis kewangan global.

Perdana Menteri (hampir pencen) Pak Lah dalam kenyataannya semalam berkata, kerajaan juga memutuskan bahawa sebarang pembelian baru helikopter bagi menggantikan Nuri akan dilakukan selewat-lewatnya sebelum 2011.

Menurut beliau yang juga Menteri Pertahanan, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Exco Majlis Ekonomi Kebangsaan yang dipengerusikan beliau pada 13 Oktober lalu.

Keputusan itu, tambahnya, tiada kaitan dengan dakwaan beberapa pihak bahawa wujud penyelewengan dalam pengeluaran tender itu. Untuk rekod jika Pak Lah begitu maksudnya kemungkinan besar perkara itu benar-benar berlaku, kerana Pak Lah suka bercakap secara terbalik. Kalau ya beliau kata tidak, kalau tidak beliau akan kata ya. Itu memang perangai beliau.

Comments