ELAUN BERTUGAS PILIHANRAYA BN LESAP? KHIR TOYO SILA JAWAB ~ Ref Malaysiakini

Saya tidak mahu percaya atau terus menolak dakwaan pengunjung blog ini yang mendakwa bahawa Umno Selangor menipu mereka. Janji yang dibuat kepada pekerja-pekerja pilihanraya Umno tidak ditunaikan. Elaun yang sepatutnya diberikan kepada setiap petugas lesap entah ke mana.

Saya mengharapkan Khir Toyo selaku Pengerusi BN dan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor semasa pilihanraya umum ke 12 lalu dapat membuat penjelasan terhadap dakwaan petugas Umno ini.

Kalau ianya tidak berasas maka abaikan sahaja. Tetapi kalau dakwaan ini benar Umno Selangor dan BN Selangor wajib membayar elaun mereka sebagaimana yang dijanjikan. Jika tidak makin bertambahlah koleksi penipuan Umno dan BN di atas dunia ini. Insya Allah segala koleksi kejahatan itu akan mendapat pembalasan setimpal dari Allah di Akhirat kelak andaikata pesalah-pesalah itu tidak bertaubat dan tidak menunaikan janji mereka sehingga ke akhir hayat.

Dibawah ini adalah respon yang diberikan oleh seorang petugas BN yang menamakan dirinya Azisirikit :

"Pergi jahanam dengan UMNO dan BN. Pengecut dan tak bertanggung jawab. Apa dah jadi dengan duit elaun yang dijanjikan kepada petugas-petugas pilihanraya yang lalu. Mereka bersengkang mata dari subuh sampai selesai pengiraan undi. Apabila BN kalah diSelangor, elaun tu senyap. Apa! kamu ingat titik peluh petugas tu tak ada nilai? Memang kami petugas-petugas akan undi pembangkang pada pilihanraya akan datang. Go to hell with you UMNO and BN".

Saya harap Khir Toyo atau Mat Taib serta juga mana-mana pimpinan Umno/BN dapat menjawab dakwaan ini dengan kadar segera jika anda membacanya.

Comments