BERHATI-HATI LANTIK NAIB CANSELOR IPT ~ Ref Malaysiakini

Saya menggesa pihak Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) di bawah pimpinan Khaled Nordin supaya lebih berhati-hati melantik Naib Canselor (NC) IPTA pada masa depan. Kesilapan KPT selama tinggi terpaksa dibayar dengan harga yang mahal apabila ranking keseluruhan IPTA utama kita, USM, UM, UKM dan UPM merudum teruk didalam ranking 200 IPT terbaik di dunia. Tidak ada satu pun IPTA kita tergolong di dalam 200 IPT terbaik di dunia. Sungguh memalukan!

Awal November ini Universiti tertua dan terulung di Malaysia bakal mendapat Naib Canselor baru apabila NC sekarang Dato' Rafiah Salim akan tamat kontraknya.

Dalam ruangan surat pembaca harakahdaily, seorang pengunjung setia laman web itu yang hanya mahu dikenali sebagai Pensyarah Prihatin meluahkan perasaannya tentang 'kejayaan' Rafiah memimpin UM.

Menurutnya, dari sumber yang boleh dipercayai, tiga calon telah dipanggil untuk ditemu duga untuk mengisi jawatan tersebut.

Antaranya ialah Dato' Rafiah Salim sendiri. Beliau dikhabarkan telah pergi berjumpa Dato' Khaled Nordin untuk memberi beliau peluang sepenggal lagi untuk menerajui UM bagi membetulkan kelemahan-kelemahan terdahulu beliau.

Di bawah pentadbiran Dato' Rafiah, UM telah jatuh merudum di dalam kedudukan universiti-universiti di serata dunia. Dato' Rafiah juga dilihat tidak berkelayakan dari segi bidang akademik dan kepimpinan. Bagaimanakah golongan-golongan professor malahan pensyarah berstatus doktor falsafah hendak menghormati bosnya yang hanya berkelulusan master? Begitulah keluhan Pensyarah Prihatin.

Saya mengharap Menteri berkenaan dapat mencari pengganti Rafiah yang benar-benar mampu dan berkelayakan untuk mengembalikan semula kecemerlangan UM yang pernah tergolong di dalam kelompok 100 Universiti terbaik dunia. UM pernah dikategorikan sebagai ke 89 terbaik di dunia dan ke 24 terbaik di Asia pada tahun 2004. Namun semuanya tinggal kenangan sahaja kini.

Oleh itu saya mencadangkan KPT tidak lagi mengamalkan dasar memilih kroni, kawan dan kenalan dalam melantik NC sesuatu universiti. Negara sebenarnya malu besar bila kedudukan universiti kita semakin teruk dari tahun ke tahun lantaran kesilapan KPT memilih NC yang tidak berkeupayaan, 'mandom', tiada idea baru dan tidak cerdik.

Adalah diharapkan dengan melantik seorang NC baru yang berkaliber dan berpengalaman serta berkelayakan UM akan kembali bersaing di persada antarabangsa demi memartabatkan pendidikan di negara kita.

Comments

MYblog said…
Choose the best if you want to see results in our institutions of higher learning, be fair and colour blind. It will help our students, there is no room for discrimination in education, the results are disastrous as you see now. Thousands of graduates (unfortunately many of them are Bumi's) with sub standard education but great degrees.

Making concessions so that a student can pass his exam is a great disservice to him/her. You think that this type of discriminative policies will help them, instead they destroy their lives leaving them confused. They have this great degrees but no skill and hence unemployable. Only government service is left for them as they dont have to work there. What a disservice to these students. Think and think again. You are generating a new generation of youth who will in frustration create another social problem. What are we building here, as far as I can see, it is only disaster after disaster.