DEBAT : KHAIRY NAIK TOCANG KERANA MUKHRIZ TAKUT ~ Ref Malaysiakini

Menantu kesayangan Imam Hadhari, Khairy Jamaluddin (KJ) naik tocang berasa gah sekarang kerana lawannya Mukhriz Mahathir (MM) takut untuk berdebat.

Keengganan MM untuk berdebat sudah tentu memberikan sedikit lonjakan semangat kepada KJ untuk mendapatkan lebih banyak sokongan dari akar umbi. MM sepatutnya tidak perlu takut untuk berdebat kerana KJ bukanlah seorang hebat untuk berhujah dan berdebat.

Namun mungkin MM takut untuk bercakap dan berhujah dihadapan ramai kerana ia mungkin tidak lancar untuk berpidato dan berdebat secara spontan tanpa teks berbanding KJ yang dilihat sudah acapkali berdebat secara terbuka di kaca-kaca TV3 suku, RTM dan TV9 serta NTV7.

Jelas beliau berada setakuk di hadapan dalam isu debat ini berbanding MM.

Hari ini KJ menunjukkan sikap beraninya apabila bercadang bertemu dengan Ketua Pemuda Umno, Hishammuddin Hussein berhubung cadangannya mengadakan debat terbuka bagi calon-calon jawatan teratas pergerakan itu.

Selain menjelaskan perkara itu, Khairy Jamaluddin juga ingin meminta restu daripada ketuanya.

Menurutnya beliau akan berjumpa dengan Hishamuddin dalam masa terdekat untuk jelaskan mengenai cadangan itu dan minta restu.

KJ berkata, terserah kepada Hishamuddin untuk teruskan (cadangan debat) atau tidak. Saya mencadangkan supaya MM menarik balik kenyataannya yang tidak setuju berdebat kerana kenyataan itu menjatuhkan imej dan kredibilitinya sendiri. Sebagai seorang anak muda beliau sepatutnya berfikiran terbuka dan rasional. Jangan diikutkan rentak pemimpin-pemimpin UMNo lain yang sudah ganyut yang siang-siang lagi tidak bersetuju dengan debat ini.

Dalam hal ini KJ mendapat sedikit kelebihan kerana jelas ahli Umno nampak KJ lebih berani dan terkehadapan.

Comments

Putra IJ80 said…
Kita kan semuer dah tahu,

Dunia sekarang dah lain budaya,rentak nya.

Kalu dolu orang terima pepatah Melayu.

"Takut kerana Salah,Berani kerana Benar"

Tetapi sekarang pepatah itu dah terbalik penggunaanya.

Apa pon saya tak sokong kedua dua pendebat itu sebab pada saya kedua dua nya dari species yg.sama..

UMNO bukan pilihan saya.