ELAKKAN SENTUH ISU-ISU SENSITIF, BINCANG DULU SEBELUM BUAT KEPUTUSAN ~ Ref Malaysiakini

Saya tidak mahu menyentuh samada perlantikan Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), tepat dan betul ataupun tidak tepat dan tidak betul.

Tetapi saya ingin mencadangkan supaya semua perlantikan yang melibatkan jawatan tertinggi dan penting mesti dibincangkan di dalam kerajaan dan parti-parti komponen Pakatan Rakyat. Selesaikan semua perbezaan pendapat terlebih dahulu sebelum perlantikan rasmi dibuat.

Amat malang jika selepas perlantikan masih ada 'pahat' dan 'paku' yang berbunyi disebabkan ianya tidak diputuskan secara kolektif sesama pimpinan negeri di kalangan PR. Kita semua tentu faham jika berlaku perselisihan walaupun kecil dan remeh pihak lawan akan memainkannya habis-habisan guna untuk mengaburi dan menyelewengkan minda rakyat supaya memandang PR mudah bercakaran dan tidak stabil.

Ini semua pasti merugikan kesinambungan perpaduan PR dan kerajaan PR sendiri. Belajarlah dari kesilapan lalu.

Saya yakin perselisihan pendapat ini dapat dielakkan jika semua pihak berlapang dada, menerima hujah-hujah orang lain dan berpegang kepada undang-undang peruntukan yang sedia ada.

Kita juga sebagai pemimpin tertinggi parti dan sudah matang dalam sepak terajang politik seharusnya mengawal diri dari sebarang kontroversi dengan membuat kenyataan akhbar secara terbuka kepada mana-mana media. Bukankah kita semua faham bahawa di kalangan media itu rata-ratanya menjadi 'wak yek' atau budak suruhan Umno/BN yang sentiasa menunggu peluang untuk 'membaham' kita ibarat buaya lapar yang disuakan daging enak.

Belajarlah dari pengalaman dan keperitan masa lampau. 'Lesson learned' amat penting.

Comments

Hasbullah Pit said…
saya tidak rasa PR rugi sangat dalam isu ini terutama sekali PAS.

PAS akan dilihat sebagai pembela melayu alternatif kepada UMNO tanpa meletakkan politik perkauman terlalu tinggi.

Makcik-makcik UMNO di kampung akan berkata "Nasib baik PAS ada"

bila MCA persoalkan DEB
makcik UMNO akan kata nasib baik PAS ada