MALAYSIA SYURGA PENZINA ~ Ref Malaysiakini

Sah Malaysia adalah negara Islam Hadhari yang menjadi syurga para penzina. Buktinya seramai 257,411 anak hasil perzinaan dilahirkan di Malaysia sejak 7 tahun lalu. Ini bermakna 257,411 kali perzinaan berlaku yang menghasilkan anak. Maka sudah tentu beratus kali ganda jumlah perzinaan yang dilakukan tetapi tidak menghasilkan anak.

Jadi sahlah negara Islam Hadhari yang ditadbir oleh Umno/BN ini adalah negara yang penuh dengan maksiat lantaran kegagalan pemerintah mendidik rakyat menjadi rakyat yang takut kepada Allah bagi yang Islam dan rakyat yang bermoral bagi yang bukan Islam.

Selagi sistem pemerintahan dan pemerintah tidak ditukar selagi itulah negara kita ini akan terdedah kepada maksiat yang amat dikutuk oleh Allah ini.

Apakah rakyat yang mengundi Umno/BN tidak rasa bersalah kerana mengangkat pemimpin dan parti yang gagal mentadbir negara dengan baik sehingga Malaysia dikotori dengan zina dan maksiat.

Fakta ini saya perolehi dari blog saudari Nuraflah yang mendedahkan jawapan Syed Hamid Al ISA di parlimen semalam.

Dalam jawapannya Syed Hamid berkata sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan rupa-rupanya tanpa dicatatkan nama bapa dari tahun 2000 hingga Julai lalu.

Beliau menjawab soalan lisan R. Sivarasa (PKR-Subang) semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat, semalam.

Menurutnya, data itu dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ekoran anak-anak yang dilahirkan itu tidak mempunyai sah taraf atau anak luar nikah.

"Pendaftar tidak boleh mencatat nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf atau luar nikah kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa.

"Ini selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 229," katanya.

Tambah Syed Hamid, di bawah peruntukan Seksyen 28 Akta 299, pendaftar berhak untuk mendapatkan maklumat sebaik mungkin berkenaan ibu dan bapa yang sah bagi setiap kelahiran yang hendak didaftarkan.

Malunya saya untuk mengaku Malaysia sebagai negara umat Islam kerana maksiat dan kedurjanaan berlaku berleluasa.

Comments