SUDAH 7 BULAN BERLALU, BERJAYAKAH KERAJAAN PR PIKAT RAKYAT? ~ Ref Malaysiakini

Masa berlalu dengan begitu pantas. Pejam celik pejam celik sudah lebih kurang 7 bulan berlalu selepas kerajaan baru PR ditubuhkan di 5 buah negeri iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak.

Persoalaanya sekarang apakah kerajaan PR khasnya Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak mampu membawa perubahan dan yang penting mampu memikat rakyat agar sayang dan cinta kepadanya. Kelantan mungkin tidak perlu digusarkan sangat kerana kejayaan mempertahankannya selama 18 tahun sudah tentu menjadi track record kepada rakyat untuk terus menyokongnya.

Bagaimana dengan 4 buah negeri yang lain itu?

Bagi saya apa yang penting ialah 4 buah kerajaan ini mesti segera membuat penilaian atau 'survey' dan pungutan suara untuk mendapatkan pandangan rakyat samada mereka puashati atau meluat kepada kerajaan PR. Masa 3 atau 4 tahun lagi tidak panjang. Mahu tidak mahu Dewan Undangan Negeri masing-masing terpaksa dibubarkan bila tiba masanya. Maka sebelum masanya tiba kerajaan negeri ini mesti proaktif untuk menarik sokongan rakyat.

Saya yakin kerajaan PR di semua 5 negeri sedang berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan sokongan rakyat. Namun jika semua itu tidak dapat diterjemahkan secara fizikal saya bimbang rakyat akan kembali menyokong BN.

Secara mudahnya manusia amat menitikberatkan kepada soal agama, bangsa, keluarga, kebajikan. Andaikata kerajaan PR gagal merealisasikan perubahan drastik berbanding kerajaan BN dahulu saya bimbang Menteri Besar dan Ketua Menteri kita akan dipencenkan selepas sepenggal memerintah.

Oleh itu suatu usaha bersepadu, terancang, sistematik dan berpijak di bumi nyata mesti digerakkan 'all out' mulai dari sekarag bagi memenangi hati semua pengundi kita tahun 2008 ini, di samping berusaha menarik undi melayu yang jelas masih totok Umnonya.

Semua orang tahu PR telah menabur janji kebajikan yang agak banyak dalam manifesto kempen. Adakah semuanya telah dilaksanakan dengan rapi dan mantap.?

Selain itu saya melihat kerajaan PR ini semuanya agak lemah dari segi promosi dan 'marketing' terhadap produk atau program yang dijalankan oleh mereka untuk rakyat. Saya mencadangkan satu makalah khas atau berkala mesti diterbitkan khusus untuk memberitahu rakyat program dan projek yang telah dijalankan di seluruh negeri-negeri Pakatan Rakyat ini. Makalah bukan sahaja diedarkan di negeri-negeri Pakatan Rakyat tetapi juga diedarkan ke seluruh negara supaya rakyat dapat membandingkan kebaikan kerajaan PR dengan Kerajaan BN.

Maka saya yakin masanya sudah sampai untuk semua kerajaan negeri mengkaji (mengaudit)apakah 'performance' kita masih 'on track' atau sudah tergelincir dari perancangan. Jika ianya tergelincir jauh maka suatu langkah drastik mesti diambil oleh PR bagi memastikan negeri-negeri tidak terus hanyut dan akhirnya dihukum rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

Jangan pilihanraya mesti dikotakan semaksima mungkin. Jangan tunggu lama-lama, lagi lama janji tidak ditepati lagi marah rakyat kepada kita. Rasanya tidak sanggup kita melihat negeri-negeri kembali berada dibawah cengkaman kezaliman BN seperti Terengganu dulu yang kembali terlepas kepada BN setelah sepenggal berada di bawah BA.

Comments