ISU ERUCOPTER : SIASATAN BPR HANYA LAKONAN ~ Ref Malaysiakini

Hari ini dilaporkan bahawa BPR mula membuka kertas siasatan terhadap isu pembelian Eurocopter yang dikatakan berlaku penyelewengan dan salahguna kuasa.

Bagi saya siasatan ini hanyalah lakonan biasa BPR guna untuk mengaburi mata rakyat. Saya pasti sudah tentu BPR tidak akan menemui sebarang 'findings' atau kesalahan kerana ianya melibatkan pimpinan kerajaan. Sudah pasti mereka yang terlibat 'imune' dan kebal.

Kalau adapun kesilapan ianya sudah pasti akan dihalakan kepada pegawai sahaja bukan menteri. Skrip ini memang sudah biasa dan normal dalam negara kita.

Isu penyelewengan duit PPRT umpamanya yang kena adalah pegawai, Menterinya bebas, lepas dan semakin kaya sekarang. Inilah negara Malaysia sebuah negara yang menjadi syurga perasuah bukan sahaja dalam pentadbiran malah dalam politik pun rasuah semakin barah. Pemilihan Umno sekarang membuktikan bahawa rasuah begitu teruk dan memalukan.

Jadi oleh kerana pemimpin Umno naik oleh sebab rasuah, mereka sudah biasa dengan rasuah. Maka tidak hairan dan pelik jika ramai dikalangan pemimpin Umno tidak segan untuk meneruskan amalan rasuah dan penyalagunaan kuasa dalam pentadbiran dan pengurusan kementerian dan apa juga organisasi yang mereka pimpin.

Comments

kekwa66 said…
ya , saudara, betul tu..mereka ni memang pandai berlakon..tengok kes Altantuya tu...dah meluat dengan taktik UMNO/BN ni...mereka ingat rakyat semua bodoh kot...terima kasih saudara sebab selalu tulis kat blog saudara, saya peminat baru saudara..hehe..rakyat negeri Hang Tuah juga....
Anonymous said…
Thanks for your support
hellboy82 said…
sy pun orng dr ngr hang tuah gak..tapi sy lebih suka ianye betukar ke ngr hang jebat..cos ramai sngt orng kat sana yng setia membabi buta pd ali ketam....smpai bila nk berubah....