SIASAT MENGAPA MENARA TAMING SARI ROSAK ~ Ref Malaysiakini

Saya mendapat khabar dari sahabat saya blogger angkasanuri bahawa Menara Taming Sari kebanggaan Ketua Menteri kita, rosak dan tidak boleh digunakan buat sementara.

Pelik! Menara yang baru berumur 6 bulan lebih itu sudah rosak walaupun ianya baru beroperasi kurang dari setahun. Apa masalahnya ini?

Menurutnya cerita sahabat saya, kerosakan yang berlaku hari ini bukan kali pertama malah sudah beberapa kali ianya ditutup tidak boleh dinaiki oleh manusia. Dakwaan sahabat saya ini bukannya tuduhan atau tohmahan tetapi ianya dibuktikan apabila beliau menelefon pihak pengurusan menara tentang statusnya hari ini. Pihak pengurusan menara memaklumkan memang benar menara tersebut rosak hari ini.'Confirm' rosak.

Alangkah malunya kita apabila menara yang 'menghanguskan' duit rakyat dan duit kita sebanyak RM23 juta yang masih hijau itu sudah pun rosak. Bila rosak maka tiadalah 'income'. Siapa yang rugi! sudahlah ianya suatu pembinaan yang membazir ditambah pula dengan keadaaannya yang selalu rosak.

Oleh kerana itu saya menggesa pihak terbabit khususnya BPR membuat penyiasatan dari semua segi iaitu bermula dengan proses pemberian tender, penilaian sebutharga, kos, barangan yang digunakan, kompetensi pekerja, struktur pembinaannya, kelulusan dan lain-lain aspek yang bersangkutan dengan pembinaan menara ini.

Saya bimbang menara ini rosak kerana ianya tidak memenuhi spesifikasi dan standard pembinaan yang sepatutnya. Jika terdapat unsur-unsur penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, saya harap orang-orang yang terlibat mesti dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan.

Selain itu kerja-kerja penyelenggaraan menara ini juga patut disiasat secara detail demi untuk memastikan ianya selamat untuk digunakan.

Comments