MUKHRIZ TAKUT BERDEBAT? ~ Ref Malaysiakini

Mengapa anak kesayangan Dr Mahathir ini takut berdebat? Jawapannya hanya Mukhriz yang tahu. Mungkin beliau tidak yakin, tidak pandai berhujah atau gagap? Sedangkan dua orang calon Ketua Pemuda yang lain iaitu KJ (Khairy Jamaludddin) dan KT (Khir Toyo) sudah bersetuju berbuat demikian.

Memang saya tidak pernah mendengar atau melihat Mukhriz berdebat atau berforum di TV berbanding KJ dan KT yang sudah acapkali keudara di TV. Malah dua hari lepas KT muncul di TV9 dalam rancangan Debat bersama-sama dengan Pengarah Strategik PKR, YB Saifuddin Nasution yang juga Ahli Parlimen Machang.

Bagi saya Mukhriz tidak perlu takut untuk berdebat dengan KJ dan KT kerana kamu bertiga 2 X 5 dan 5 X 2 sahaja, semua serupa menghalalkan ISA, tolak hukum Islam, redha dengan kezaliman UMno/BN, halalkan rasuah politik dan sebagainya. Jadi apa yang hendak ditakutkan.

Atau mungkin juga Mukhriz tahu dan faham bahawa tidak apa yang hendak mereka bertiga janjikan keraja perjuangan Umno sekarang adalah perjuangan hawa nafsu untuk memuaskan perut dan bawah perut sahaja tidak lebih dari itu.

Hendak janjikan perjuangan menegakkan kedaulatan Melayu, Melayu dan merempat. Hendak tingkatkan ekonomi Melayu, Melayu dan jadi Kuli dan daulat agama, Umno mana pernah fikir pasal agama. Jadi tidak ada apa yang mungkin boleh Mukhriz perkatakan dalam debat. Itu sebab Mukhriz membuat kenyataan bahawa hal-hal dalaman parti tidak perlu didebatkan secara terbuka. Beliau membuat kenyataan itu seperti disiarkan dalam Utusan Meloya hari ini.

Mukhriz dilaporkan sebagai berkata bahawa debat ala Amerika Syarikat tersebut kurang sesuai kerana bakal mendedahkan masalah parti untuk tatapan umum berkata, ia juga tidak membawa kepada pengukuhan dalam parti.

Menurutnya dengan pencalonan yang berjalan lancar, kita lihat perwakilan sudah kenal rapat dengan calon-calon yang menawarkan diri, cuma perlu ada sedikit pemantapan dari segi memahami lebih dekat misi dan visi setiap calon.

Beliau kepada pemberita pada majlis jamuan hari raya anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Jerlun di Alor Biak, Jitra semalam.

Nampaknya Mukhriz jauh lebih cerdik dari KJ dan KT. Beliau tahu bahawa terlampau banyak pekung di dalam Umno ini yang jika tersalah cakap akan dihidu dan diketahui rakyat, maka lebih baik debat terbuka tidak dijalankan.

Comments