ISU TABUNG 'SANISAH' : BUKAN TUDUHAN TETAPI GESA SUPAYA DISIASAT ~ Ref Malaysiakini

Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Linggi Ar Ismail meminta PAS tidak membuat tuduhan melulu dan tidak berasas dalam isu Tabung Sanisah.

Bagi saya apa yang dinyatakan oleh Imran dalam Sinar Harian semalam bukannya merupakan tuduhan. Sebaliknya Imran memintah pihak BPR menyiasat samada laporan akhbar (bukan Sinar Harian) minggu lalu itu benar atau tidak. Jika ianya tidak benar maka siasatan ini sudah pasti akan membersihkan nama pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung.

Dalam kenyataannya kepada Sinar Harian (disiarkan hari ini) Ar Ismail menafikan bahawa wang dari Tabung Sanisah hilang sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian minggu lalu. Tabung itu yang dilancarkan untuk urusan pengambilan Sanisah dan anak-anak di Lombok dikatakan digerakkan oleh Biro Kebajikan Umno Kuala Linggi.

Beliau juga mendakwa bahawa Tabung itu digerakkan oleh sebuah akhbar harian dan bukannya dikendalikan oleh Biro Kebajikan Umno Kuala Linggi. Malah menurutnya Biro itu sendiri tidak pernah ujud.

Walau apapun isunya, saya menyokong kenyataan Imran supaya isu ini disiasat samada benar berlaku unsur-unsur penyelewengan. Malah ianya juga penting untuk membersihkan nama pihak yang tidak terlibat dengan tabung ini.

Comments