HANYA GUA MUSANG BERANI CALON KU LI ~ Ref Malaysiakini

Terbukti pemimpin dan ahli Umno memang tidak ada pendirian dan prinsip. Sesiapa sahaja dilihat akan berkuasa akan dicalonkan untuk jawatan pimpinan tertinggi walaupun calon tersebut penuh dengan kontroversi.

Hal ini yang berlaku sekarang dimana Najib terus dicalonkan oleh Umno Bahagian kerana beliau dilihat bakal berkuasa. Bukan orang Umno tidak tahu beliau penuh dengan kontroversi tetapi demi untuk menjaga pangkat dan periuk nasi prinsip, kebenaran dan etika diketepikan.

Akhirnya terkapai-kapailah seorang lagi calon Presiden iaitu Ku Li, di mana sehingga kini baru 1 pencalonan yang beliau perolehi itupun dari Bahagian Gua Musang yang diketuai oleh beliau sendiri. Malah Umno bahagian lain di Kelantan juga turut sama kecut perut untuk mencalonkan beliau.

Inilah sikap yang amat bahaya yang ditanamkan di dalam diri orang Umno yang boleh menjahanamkan orang Melayu dan negara. Pemimpin dipilih atas dasar takut dan kepentingan diri bukannya atas dasar kebenaran, karisma, akhlaq dan kepimpinan.

Sementara itu media hari ini melaporkan bahawa setelah tiga minggu bersidang dan lebih 100 bahagian menamatkan persidangan masing-masing, akhirnya Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendapat pencalonan sulung untuk bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac depan.

Tengku Razaleigh menerima pencalonan daripada bahagiannya sendiri yang bersidang hari ini.

Pada mesyuarat itu, Tengku Razaleigh dicalonkan sebulat suara oleh 384 perwakilan yang hadir di Kompleks UMNO Gua Musang Bukit Cekati, di sini.

Sementara Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad dicalonkan sebagai Timbalan Presiden parti.

Bagi jawatan Naib Presiden, bahagian tersebut mencalonkan bekas Naib Presiden UMNO Tan Sri Mohd. Isa Samad, Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Affifudin Omar.

Comments

Anonymous said…
tahniah untuk KU LI usaha mula nampakkan hasil.