APA MOTIF PENGARAH BPR PERAK DITUKAR? ~ Ref Malaysiakini

Tidak semena-mena Pengarah BPR Perak, Shamsiah Abu Bakar ditukar ke Sarawak. Timbul beberapa persoalan :-

1)Adakah Shamsiah Abu Bakar memalukan BPR kerana kesilapannya menangkap 2 orang Exco?

2)Adakah Shamsiah Abu Bakar tidak sehaluan dengan BPR Pusat?

3)Adakah prestasi kerja Shamsiah Abu Bakar tidak baik?

4)Adakah Umno tidak suka kepada Shamsiah Abu Bakar?

5)Adakah Shamsiah Abu Bakar bertegas tidak mahu lagi menjadi Pak Sanggup Umno Perak?

Jawapannya hanya Shamsiah dan Ketua Pengarah BPR, Ahmad Said Hamdan yang tahu. Hari ini media internet melaporkan bahawa Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Perak itu telah ditukar ke pejabat BPR Sarawak.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah BPR, Ahmad Said Hamdan menafikan dakwaan ia ada kaitan dengan kes berprofil tinggi yang membabitkan tokoh politik di Perak.

Sebaliknya, Bernama memetik ketua pengarah BPR itu sebagai berkata, ia merupakan prosedur pemindahan biasa.

Pada 25 Ogos lalu, dua exco kerajaan Perak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan menerima rasuah masing-masing bernilai RM100,000 dan RM5,000.

Mereka ialah exco perlancongan, modal insan dan NGO Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu yang didakwa melakukan kesalahan itu sebuah kafeteria di Ipoh pada 16 Ogos lalu.

Manakala exco pembangunan usahawan, koperasi, pertanian dan perdagangan, Jamaluddin Mohd Radzi pula dituduh bersama bekas wakil rakyat PKR bagi Bota, Kapt (B) Usaili Alias melakukan kesalahan itu pada 14 Ogos lalu di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, di Ipoh.

Mereka dituduh menerima habuan itu daripada Mohd Imran Abdullah untuk membangunkan tanah seluas 90 ekar (54 hektar) di Seri Iskandar.

Saman RM100 juta

Berikutan, Jamaluddin dan Mohd Osman memfailkan saman terhadap BPR, dua pegawai tingginya serta sebuah akhbar tempatan.

Ahmad Said dan Samsiah serta Star Publications (M) Berhad dinamakan sebagai defendan.

Ketiga-tiga defendan antaranya didakwa bertindak dengan niat jahat serta mengatur tangkapan dan penahanan mereka.

Tindakan itu didakwa bertujuan menyakiti plaintif dan cuba membunuh dari segi politik serta memburukkan imej PKR untuk mempengaruhi keputusan pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh.

Mereka menuntut ganti rugi am sejumlah RM100 juta untuk salah tangkap, salah tahan, pendakwaan berniat jahat, dan libel selain ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan apa-apa relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Defenden keempat Star Publication (M) Berhad dituntut ganti rugi am untuk libel, kos dan relif serta apa-apa relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah kerana berniat jahat dan salah mencetak dan menyebar dalam laporannya 21 Ogos lalu.

Comments

Putra IJ80 said…
Tidak semena-mena Pengarah BPR Perak, Shamsiah Abu Bakar ditukar ke Sarawak. Timbul beberapa persoalan :

Tak de apa persoalan...

Itu perkara biasa....bagi mereka.

Berehat sekejap kat sana mencari ketenagan,menutup kelemahan,sambil mendapat allawonce tambahan menambah kekayaan.

Balik ke West Malaysia,Pangkat akan di naikkan.

Kita dah faham benar telatah mereka.

Dari dolu.kini dan selama lama nya.