HUJAN LEBAT MELANDA MELAKA SEKARANG, RAKYAT TRAUMA ~ Ref Malaysiakini

Semasa saya mengetuk 'keyboard' PC buruk saya ini, jam menunjukkan pukul 10.45 pagi, hujan turun mencurah-curah dengan lebatnya disekitar Batu Berendam.

Kebiasaannya jika hujan turun selebat ini sudah tentu ada rakyat Melaka yang trauma kerana kampung mereka sering dilanda banjir kilat yang tidak kunjung padam. Semuanya gara-gara kerakusan manusia yang memerintah negeri Melaka yang mementingkan pembangunan yang tidak menghiraukan saliran dan longkang.

Hutan simpan ditebang, bukit di tarah, paya ditimbus dan sebagainya. Bangunan didirikan, rumah dibikin dan segala macam hutan batu dibina tetapi sistem saliran dan perparitan tidak diutamakan hanya sekadar melepaskan batuk ditangga.

Akhirnya rakyat menanggung derita. Acapkali kali anak-anak kecil yang tidak tahu erti kesusahan mak bapak, bergembira bermain 'rakit dan perahu' di halaman rumah lantaran air yang tidak diundang berkunjung ke rumah mereka setiap kali hujan lebat turun.

Harta benda sering rosak, rumah mesti dibasuh, bau lumpur menusuk hidung dan anai-anai mengintai untuk membuat sarang pada setiap kali selepas banjir.

Sampai bila nasih mereka begini, entahlah .......agaknya selagi kerajaan BN tidak ditukar dengan kerajaan PR selagi itu isu ini tidak akan mendapat perhatian serius dari kerajaan .......

Comments