HARGA MINYAK : RAKYAT TERUS DIPERMAINKAN, HARGA BARANG TERUS TINGGI ~ Ref Malaysiakini

Kerajaan BN yang ada pada hari ini terus mempermainkan rakyat dalam menguruskan harga minyak.

Begitu mudah kerajaan menaik dan menurunkan harga minyak ibarat kita pergi ke pasar membeli ikan. Rasa nak dinaikkan, ia dinaikkan tanpa kajian yang teliti dan menyeluruh. Akhirnya rakyat yang menderita bahana kenaikan harga minyak.

Pada 4 Jun lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen atau kira-kira 41 peratus, kepada RM2.70 seliter daripada RM1.92 seliter, satu keputusan paling bodoh pernah dibuat oleh kerajaan BN dalam menguruskan harga minyak. Tidak ada Perdana Menteri dan kerajaan paling tidak cerdik selain dari yang memerintah sekarang. Bahana dari kenaikan tidak masuk akal ini dirasai dan dideritai rakyat sehingga ke saat ini.

Sekarang ini barulah kerajaan 'terhegeh-hegeh' ingin menurunkan harga minyak setelah harga minyak dunia menurun sehingga lebih rendah dari harga semasa harga minyak di Malaysia RM1.92 sen seliter dahulu.

Kita hairan bagaimana pakar-pakar ekonomi kerajaan yang dikatakan sangat hebat itu tidak dapat membuat kajian awal sehingga menaikkan harga minyak sampai RM2.70 seliter dan sekarang menurunkannya sehingga ke harga sekarang yang masih lebih tinggi dari harga yang sepatutny (iaitu kurang dari RM1.92 sen seliter).

Pada masa yang sama kerajaan melaung-laungkan untuk cuba menurunkan harga barang. Maka diwar-warkan dalam media bahawa Giant dan Tesco telah menurunkan harga barang. Saya ingin bertanya kepada Shahrir Samad (menteri barang mahal), apakah Giant dan Tesco ada diserata Malaysia.

Dekat Kuala Tembeling, Grik, Kuala Berang dan lain-lain ada atau tidak Tesco dan Giant di sana? Jangan cuba memperdayakan rakyat dengan penipuan sebegini.

Mungkin Giant dan Tesco boleh menurunkan harga barang kerana mereka membeli secara pukal (berkoyan-koyan), bagaimana dengan kedai runcit dan mini market adakah mereka juga telah mula menurunkan harga barang.

Memang tidak cerdik dia orang ini!!!!

Comments