Umno semakin caca marba sekarang. Pemimpin dan ahli-ahlinya pening lalat ekoran berlaku perebutan jawatan yang sangat dahsyat sehingga gejala rasuah, penipuan, ugutan dan sebagainya menjadi semacam barah yang tidak dapat diubati lagi.
Di sana rasuah di sini ugut, di sana fitnah di sini umpat. Begitulah haru birunya Umno. Ada yang mahu jawatan Umno ditender, ada yang menyatakan Umno bakal gulung tikar, ada yang merajuk dan ada yang jauh hati. Itulah akibatnya apabila perjuangan tidak dilandaskan atas agama dan aqidah. Hanya hawa nafsu dan kemahuan diri yang menjadi 'petunjuk' dan pedoman.
Oleh kerana masalah bertimpa-timpa kepimpinan Umno terpaksa menangguhkan pelan peralihan kuasa dari Pak Lah kepada Najib sehingga Jun 2009. Selepas itu dipendekkan pula kepada Mac 2009 kerana ada bantahan. Kini ada pula ura-ura pemilihan itu terpaksa diadakan juga pada Disember ini seperti cadangan asal dahulu.
Ada yang berpendapat Najib boleh menjadi Presiden Umno Disember ini dan Pak Lah menjadi Perdana Menteri sehingga Mac 2009 seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pemimpin parti jijik ini. Namun adakah Najib bersetuju dengan cadangan ini?
Nampaknya kemelut dalam Umno ini tidak dapat dibendung lagi. Pak Lah pula jelas seorang pemimpin yang lemah dan lembut di mana beliau gagal mengawal dan menyelesaikan semua masalah ini sehingga beliau dilihat hanya menurut sahaja kehendak orang bawahannya.
Sekali-sekala beliau marah tetapi marahnya ini tidak digeruni oleh anak buahnya, malah mereka mengejek dan memperlinya pula. Kasihan Pak Lah, kadang-kadang timbul rasa simpati terhadap beliau.
Hari ini seorang ahli Majlis Tertinggi, Rahman Bakar berkata Majlis Tertinggi (MT) tidak wajar mempersoalkan kedudukan Pak Lah sebagai Perdana Menteri walaupun beliau tidak lagi menjadi Presiden Umno selepas bulan Disember ini.
Bekas ketua Umno bahagian Marang itu berkata, Abdullah belum lagi menyerahkan jawatan tersebut kepada penggantinya AlNajib Razak.
Katanya, bulan lepas MT setuju sebulat suara agar Abdullah menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Mohd Najib pada Mac tahun depan.
Ini bermakna, menurutnya, Abdullah masih lagi perdana menteri walaupun bukan lagi seorang presiden Umno dan begitu juga dengan Najib, walaupun menjadi presiden Umno tetapi bukan perdana menteri.
Beliau mengulas mengenai mesyuarat MT pada Khamis ini yang dijangka menetapkan supaya perhimpunan agung dan pemilihan Umno dipercepatkan kembali pada Disember ini –seperti rancangan asal.
Pada 25 September lalu, MT menangguhkan perhimpunan agung dan pemilihan parti sebagai sebahagian rancangan mempercepatkan peralihan kuasa Abdullah, asalnya dijadual pertengahan 2010.
Begitulah teruknya Umno hari ini. Sehingga tarikh pemilihan sebenarnya belum pastilah walaupun sudah dua tiga kali keputusan di buat.
Inilah tanda-tanda jelas bahawa Umno akan ditalkinkan tidak lama lagi. Pusaranya pun sudah tersedia dan keranda telahpun ditempah.

Comments