HARGA MINYAK AKAN TURUN, HARGA BARANG ...? ~ Ref Malaysiakini

Kerajaan BN seolah-olah berbangga dengan kejayaan mereka menurunkan harga minyak. Namun hakikatnya rakyat terus menderita kerana harga barangan terus statik tidak turun-turun.

Rakyat sebenarnya sedang menanti tindakan drastik kerajaan BN dalam isu harga barangan keperluan yang kekal tinggi berbanding sebelum kenaikan harga minyak Jun lalu.

Kerajaan BN semestinya bertanggungjawab penuh dengan kesalahan mereka menaikkan harga minyak pada Jun llalu sehingga rakyat menderita teruk sekarang ini. Walaupun harga minyak sudah turun banyak kali namun harga barangan masih tinggi dengan menjerut leher rakyat.

Sampai bilakan rakyat akan didera oleh kerajaan.

Selepas turun sebanyak 15 sen pada awal bulan ini - buat kali keempat, harga minyak dijangka diumumkan turun lagi pada hari ini oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Minggu lepas, Menterinya, Datuk Shahrir Abdul Samad menyatakan tentang harga minyak yang dijangka turun pada pertengahan bulan ini.

Ini berikutan harga purata minyak yang berada di paras AS$70 setong pada masa ini.

Comments