PERANG DALAM UMNO SEMAKIN DAHSYAT ~ Ref Malaysiakini

Perang dalam Umno sempena pemilihannya Mac ini semakin sengit dan hangat. Ini ditambah lagi dengan keputusan Naib Ketua Wanita, Shahrizat Abdul Jalil yang membuat keputusan bertanding menentang Ketuanya Rafidah Aziz.

Keputusan Shahrizat ini memang dijangka memandangkan beliau mendapat pencalonan yang banyak iaitu 70 lebih. Walaupun Rafidah mendapat pencalonan lebih dari 100 tetapi ramai pemerhati melihat bahawa Rafidah akan tersungkur di tangan Shahrizat berdasarkan perkembangan semasa yang dilihat banyak memihak kepada Shahrizat.

Wanita melihat Rafidah gila kuasa sedangkan beliau sudah 'memerintah' Wanita Umno lebih dari 20 tahun kecuali satu penggal di mana beliau tewas kepada Siti Zaharah iaitu pada penghujung 90-an.

Sesungguhnya keputusan Shahrizat untuk berlawan dengan Rafidah akan menyebabkan lebih banyak rasuah politik dan unsur-unsur ujud pada pemilihan kali ini. Sesungguhnya pemilihan kali ini akan menyaksikan suatu pemilihan paling kotor dalam sejarah. Akhbar Siasah melaporkan bahawa kira-kira RM1 bilion wang berlegar di dalam kocek pemimpin dan perwakilan Umno untuk digunakan bagi membeli undi.

Sudah sampai masanya Umno ditalkinkan kerana sikap parti itu yang menghalalkan rasuah yang merupakan penyebab kepada keruntuhan tamadun manusia.

Comments

mas said…
Bersetuju dengan Badrul Hisham yang mencabar majlis fatwa supaya mengubal fatwa mengenai RASUAH yang menjijikkan..serta ISA yang zalim..