Razak Baginda sudah mula bercakap kepada media. Kalau sebelum ini beliau sering mengelak dari membuat kenyataan media kini beliau mula berani dan seperti dijangka kenyataan media pertama beliau sudah tentu digunakan untuk mempertahankan dirinya dan 'boss' nya.
Hari ini media internet menyiarkan kenyaaan Bekas penganalisis politik tersebut yang mendakwa bahawa Timbalan Perdana Menteri dan bakal Perdana Menteri Najib Tun Razak tidak terbabit langsung dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Malah, katanya, Najib dan isterinya, Rosmah Mansor tidak pernah bertemu dengan Altantuya. Abdul Razak memberitahu demikian dalam sidang akhbar pertamanya selepas dibebaskan pada 31 Oktober lalu daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya.
Hebat kenyataan Razak Baginda ini. Mengapa tiba-tiba Razak Baginda bertindak seolah-olah sebagai peguam kepada Najib. Bukannya kenyataan beliau akan menyebabkan rakyat semakin sangsi dan curiga kepada Najib.
Bagi saya adalah lebih baik Razak Baginda berdiam diri dari bercakap soal hubungan Najib, Rosmah dan Altantuya. Ini kerana semakin isu ini dibangkitkan semakin ianya menjadi tandatanya dan mencurigakan.
Sudah menjadi lumrah kepada pemimpin di Malaysia bahawa jika sesuatu itu dinafikan, maka perkara itu sebenarnya adalah sebaliknya. Sepertimana penafian Pak Lah tentang tarikh pembubaran parlimen dan tarikh kenaikan harga minyak dahulu. Hari ini nafi besok betul-betul berlaku.
Maka kemungkinan ramai orang akan menganggap bahawa penafian Razak Baginda ini tidak benar.

Comments
Pelik ni. Dah dia tak terlibat, mana dia tahu Najib n isterinya juga tidak? Mereka tidak pernah bertemu dengan wanita malang tu, katanya.
kenyataan akhbar RBaginda ni mengajak rakyat ke arah status lebih sangsi dan mencipta pelbagai tandatanya...kenapa RBaginda beriya nak menafikan kes yg masih dalam bicara mahkamah.excited benar nak bela org tu!