ISLAM, MELAYU DAN BAHASA MELAYU TETAP DIPERTAHANKAN OLEH PR ~ Ref Malaysiakini

Ketiga-tiga parti anggota Pakatan Rakyat menerima kedudukan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.Menurut beliau, isu berhubung perkara itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana persefahaman mengenainya telah dibuat antara ketiga-tiga parti anggota Pakatan - PKR, DAP dan PAS.

Bagi saya jaminan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini memberikan keyakinan yang lebih kepada rakyat terutama orang Melayu yang dimomok-momokkan oleh Umno bahawa Pakatan Rakyat mengenepikan Hak Istimewa Orang Melayu, kedaulatan Bangsa Melayu dan agama Islam. Padahal selama inipun Umno lah yang menggadaikan kedaulatan Raja-Raja Melayu, meminggirkan agama Islam dan menganaktirikan Bahasa Melayu.

Namun oleh kerana kepintaran dan manipulasi media arus perdana maka kebobrokan Umno ini tidak disedari oleh rakyat terutama orang Melayu.

Menurut Anwar, kenyataan bahawa kesemua pihak telah bersetuju mengenai perkara itu, telah dikeluarkan pada 8 September lalu.

Kenyataan tersebut atara lain menegaskan bahawa Pakatan sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan menjaminkan kebebasan mengamalkan agama lain, kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan mempertahan hak bahawa ibunda, kedudukan kedaulatan dan institusi Raja-raja Melayu serta kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera, serta hak-hak semua kuam yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Comments