AZIZAN SUMBANG RM10,000 SEBULAN, MB BN ??? ~ Ref Malaysiakini

Syabas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang menyedekahkan RM10,000 dari wang gajinya kepada agensi-agensi kerajaan negeri. Mampukah tindakan sebegini dilakukan oleh Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri BN.

Apa yang saya tahu hanya MB dan KM negeri-negeri Pakatan Rakyat sahaja yang sanggup berkorban sedemikina. Kalau MB dan KM BN bukan sahaja gaji mereka tidak didermakan kalau boleh duit kerajaan meneka mahu 'songlap. Inilah beza MB dan KM Pakatan Rakyat dan BN.

Semalam Malaysiakini mendedahkan bahawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membuat potongan gajinya lebih RM10,000, jumlah paling besar yang pernah dibuat oleh seorang menteri besar, kata seorang pemimpin PAS negeri.

Potongan itu daripada jumlah gajinya RM14,100 dimulakan sejak awal pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan PAS di negeri itu, Mac lalu, namun ia tidak diumumkan secara meluas, kata timbalan pesuruhjaya PAS Kedah, Hassan Abdul Razak.

Jumlah wang yang dipotong itu disalurkan kepada agensi-agensi kerajaan negeri bagi mencontohi amalan cara hidup sederhana yang selama ini diamalkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hassan mendedahkan amalan Azizan itu bagi menyangkal dakwaan pesuruhjaya PAS itu bermewah-mewah selepas menjawat kerusi nombor satu dalam pentadbiran Kedah.

Syabas Ustaz Azizan teruskan amalan sebegini demi kesejahteraan rakyat dan kedaulatan Islam. Insya Allah rakyat akan menilai pemerintahan kita dan terus memberi sokongan sampai bila-bila.

Comments

Anonymous said…
Salam,

Saya kenali keluarga Datuk Seri semasa beliau masih belajar diMesir.

Setelah ibubapa Datuk Seri meninggal dunia, adik perempuan beliau tinggal bersama keluarga kami sebagai anak angkat, bagi membolehkan ia melanjut pelajaran di peringkat menengah diSungai Petani pada tahun 60an.

Arwah bapa saya juga seorang anak yatim sejak kecil, dan adalah satu amalan semulajadi, sentiasa membantu anak-anak yatim lain termasuk adik Datuk Seri (Azizah).

Mungkin kiranya kita dari keluarga yang pernah menempuh kesulitan hidup, akan sentiasa diberi kesedaran perlunya amalan sedekah dan membantu orang yang memerlukan.

Sejuk hati saya mendengar mengenai sumbangan peribadi Datuk Seri, syabas!

Salam
Anak Cikgu Abdul