DIMENSI BARU DALAM PAS ~ Ref Malaysiakini

PAS melangkah ke dimensi baru tidak lama lagi jika penubuhan Kelab Penyokong PAS menjadi kenyataan.

Semalam Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata Kelab Penyokong PAS (KPP) akan diangkat menjadi satu dewan yang setaraf dengan Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat dalam organisasi parti tersebut.

Perkara merupakan dimensi baru rentetan perjuangan PAS di mana sebelum ini kita tidak pernah terfikir bahawa akan ujud Kelab Penyokong PAS dan juga sayap PAS yang dianggotai oleh bukan Melayu dan Bukan Islam

Ini hebatnya perjuangan PAS yang tidak pernah meletakkan perjuangannya atas dasar bangsa dan perkauman. Sebelum inipun semua kaum boleh menyertai PAS asalkan mereka beragama Islam. Maka ramailah sahabat kita yang berketurunan Cina menyertai PAS seperti Kamal Koh, Ridhuan Onn, Kamal Liang, Mohd K Y Tiang, Idham Lim, Ann Wan Seng, Anuar Tan dan lain-lain. Kini PAS melangkah satu tapak lagi kehadapan apabila mereka yang bukan beragama Islam juga boleh menyertai PAS dengan menyertai Kelab Penyokong PAS yang selepas ini akan diangkat status menjadi sebuah Dewan seumpama Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama'.

Comments

Elok jugalah tu..PAS dah muflis idea untuk mengajak ramai lagi orang Islam untuk menyokong PAS..jalan terbaik ialah tiru cara BN walaupun 'caranya' ada sedikit lain..
cikgurahim said…
mutaligat,

ya, PAS mewakili jumhur ulama Malaysia. Oleh itu PAS sentiasa berkembang dan pada waktu yg sama ia masih terikat dgn syariaat.

Ulama di luar PAS sentiasa mengikuti perkembangan PAS dari masa demi penerusan dakwah Islam seperti SS Mufti Perlis.

forum sunnah