HARI RAYA DALAM DERITA ~ Ref Malaysiakini

Hari Raya tahun ini ku sambut dalam derita lantaran kezaliman kerajaan BN yang tidak henti-henti menekan rakyat.

Jun lalu kerajaan mem’bala’ rakyat dengan kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen. Bermula dari itu barangan keperluan harian terus meningkat dan melambung bagaikan tiada penghujung.

Malangnya kerajaan BN yang memerintah langsung tidak prihatin akan masalah ini. Walaupun harga minyak telahpun diturunkan 25 sen namun harga barangan tidak turun-turun juga. Bayangkan harga beras yanag dulunya RM19 hingga RM22 10 kilogram kini ianya melambung sehingga RM26 hingga RM30.

Harga minyak naik 78 sen turun 25 sen sahaja. Tiada kesan langsung.

Hari Raya Aidil Fitri tahun tidak membawa apa-apa erti bagi kami rakyat miskin yang pendapatan cukup untuk kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Bayangkan untuk membeli beraspun kami terpaksa berfikir dua kali inikan pula hendak membeli kuih raya, baju raya, kasut raya dan sebagainya.

Kami terpaksa membutakan mata, memekakkan teliga dan menahan air liur melihat orang lain terutama pemimpin kerajaan BN bermewah-mewah menyambut hari raya. Mereka bersuka ria di atas kesusahan dan penderitaan rakyat miskin seperti kami.

Sungguh tidak berhati perut pemimpin yang sanggup menaikkan harga minyak dan tidak berusaha untuk memastikan harga barangan tidak dinaikkan sesuka hati.

Mereka hanya mementingkan tembolok dan nafsu mereka tanpa memikirkan kami yang susan dan sengsara di hujung desa ini.

Kami anak-anak tahanan ISA

Di saat orang lain bergembira dan bersuka ria bersama ayah dan ibu menyambut hari raya kami bergenang air mata memikirkan nasib ayah yang masih dikurung dengan kejam oleh kerajaan BN.

Apa salah ayah kami hingga dikurung sehingga bertahun-tahun lamanya tanpa dibuktikan bersalah. Ayah kami dituduh dengan pelbagai tuduhan tetapi tidak pernah dibicarakan di mahkamah terbuka.

Orang lain bergembira di malam raya bersama ayah, memohon ampun dan bermaaf-maafan dengan ayah kami sebelum subuh ada yang bertolak ke Kamunting untuk bertemu ayah. Zalimnya kerajaan BN.

Malah ada antara kami yang sudah bertahun-tahun tidak pernah bertemu ayah kami lantaran kami tidak ada duit dan kemudahan untuk ke Kamunting. Kami tinggal jauh di Sandakan, Sabah mana pun untuk menaiki kapalterbang ke Semenanjung sedangkan untuk makan pun kami terpaksa mengikat perut.

Ada antara kami yang tidak bersekolah kerana kesempitan hidup kerana ayah kami disumbat di dalam penjara tanpa dibicarakan di mahkamah dan diberi peluang membela diri. Zalimnya orang berkuasa sekarang, langsung tidak memikirkan perasaan kami dan ibu kami. Ya Allah perkenankanlah doa kami agar ayah kami dibebaskan segera serta hukumlah orang-orang zalim dengan hukuman yang setimpal.

Comments

Unknown said…
Apa yang anda katakan adalah betul dan saya amat bersetuju. Saya sendiri pun tak ada mood untuk enjoy raya tahun ini. Tak ada feeling seperti tahun2 lepas.

Bersempena dengan Raya ini, saya boleh maafkan orang yang buat salah kepada saya, tapi saya TAK AKAN MAAFKAN pemimpin yang membuat rakyat menderita dengan segala macam tekanan dan ugutan. Tak taulah sama ada Pak Lah, Bapa Inflasi kita buat open house tahun ni. XD