SEORANG LAGI MASUK KUMPULAN 'GILA' DAN TERGILA-GILA ~ Ref Malaysiakini

Bila nafsu dan kemahuan tidak dapat dikawal maka diri sendiri akan perasan bahawa akulah seorang yang hebat, ramai penyokong, pandai mentadbir, berkarisma, berilmu, petah berdebat dan macam-macam lagi. Walaupun hakikat sebenar dia tidaklah hebat seperti yang disangkakan oleh dirinya sendiri.

Malang sungguh Umno dan rakyat Malaysia yang mempunyai pemimpin yang perasan hebat begini.

Sebab itulah hari ini seorang lagi masuk kumpulan 'gila' dan tergila-gila akan jawatan Timbalan Presiden Umno. Lantaran takut-takut terlambat Naib Presiden Umno, Ali Rustam bingkas bangun menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno. Kesian kepada Ketua Menteri Melaka ini yang perasan dirinya hebat.

Oleh kerana takut dan bimbang jika benar-benar Pak Lah tidak mahu bertanding jawatan Presiden pada Persidangan Agung Umno Mac 2009 dan jawatan Timbalan Presiden akan kosong, maka Ali Rustam bangkit menonjolkan diri supaya dicalonkan untuk jawatan tersebut.

Jadi selepas ini kita akan dapat menyaksikan satu lagi episod drama Ali Rustam berkempen untuk mendapatkan pencalonan jawatan Timbalan Presiden dan juga berkempen untuk mendapatkan undi dari para perwakilan semasa Persidangan Agung Umno Mac 2009 nanti.

Untuk berkempen bagi mendapatkan pencalonan Timbalan Presiden atau Naib Presiden maka Ali Rustam sudah tentu mengaturkan strategi sebelum ini lagi. Lihat sahaja bagaimana Ali Rustam sudah menjelajah serata Malaysia sejak akhir-akhir ini. Malah saya yakin beliau akan bertambah ligat jika Pak Lah jadi berhenti nanti.

Maka masing-masing terutama ahli-ahli Kumpulan 'Gila' dan Tergila-gila ini tidak sabar-sabar menanti pengumuman Pak Lah samada berhenti atau terus memegang jawatan keramat idaman orang 'Gila' dan tergila-gila ini.

Hari ini Bernama melaporkan bahawa Ali Rustam menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Mac depan.

Menurutnya, beliau sedia bertanding sekiranya ada kekosongan jawatan timbalan presiden parti.

Ali berkata beliau menawarkan diri (bertanding jawatan itu) ketika dihubungi Bernama siang tadi.

Mohd Ali, 59, yang juga Ketua Menteri Melaka sebelum ini menawarkan diri bertanding mempertahankan jawatan naib presiden yang dimenanginya kali pertama sewaktu pemilihan parti pada 2004.

Pengumuman Mohd Ali hari ini, meletakkan beliau sebagai pemimpin kedua, selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan hasratnya bertanding Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Mac depan.

Comments