MENJELANG PEMILIHAN UMNO, SEMAKIN RAMAI YANG 'GILA' ~ Ref Malaysiakini

Menjelang pemilihan Umno Pusat semakin ramai yang tergila-gila untuk bertanding jawatan-jawatan tertentu di dalam Umno.

Malah kegilaan mereka ini mesti dimulakan dari sekarang kerana penentuan layak atau tidak bertanding akan diputuskan oleh mesyuarat Umno Bahagian yang akan bermula 6 hari lagi iaitu pada 9 Oktober ini.

Maka oleh kerana mesyuarat bahagian-bahagian akan bermula dalam jangka masa terdekat makan semakin ramai yang 'gila' dan tergila-gila jawatan tertentu kerana mereka menang dan seterusnya memegang jawatan dalam Umno bermakna hidup mereka di dunia akan senang, mewah dan ada kuasa. Inilah yang dicari oleh manusia yang hidup atas dunia yang tidak berpaksikan kepada perjuangan Islam.

Kita sedih apabila jawatan-jawatan ini dijadikan matlamat perjuangan kerana mereka memandang bahawa ada jawatan, ada projek, ada pangkat ada fuluss kerana di dalam Umno memang itu yang dijadikan syllabus tarbiyah mereka.

Maka oleh kerana sudah 'gila' dan tergila-gila dengan jawatan maka apa sahaja kaedah dan cara digunakan untuk menang dalam perebutan jawatan tersebut. Halal Haram letak tepi kerana di dalam Islam Hadhari seolah-olah politik tidak ada kena mengena dengan agama. Islam suku politik suku. Walaupun sejak akhir-akhir ini mereka menafikan dakwaan ini tetapi hakikatnya prinsip Islam suku Politik suku masih menebal dalam akidah perjuangan mereka sebab itu apa sahaja tindakan bagi memastikan mereka berkuasa masih diteruskan walaupun tindakan tersebut zalim dan jelas bertentangan dengan Islam.

Hari ini(semalam)seorang lagi pemimpin Umno masuk golongan 'gila' dan tergila-gila untuk bertanding jawatan utama dalam Umno. Beliau ialah Menteri 'Agama' dalam kabinet Dollah Badawi iaitu Zahid Hamidi yang tidak zahid (tidak zuhud). Beliau dengan yakin menyatakan bahawa akan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno dan bersedia untuk dicalonkan ke jawatan nombor dua paling berkuasa dalam kerajaan.

Syabas Zahid kerana menyertai golongan 'gila' dan tergila-gila ini. Moga-moga selepas ini lebih ramai lagi akan menyertai engkau masuk group 'gila ' dan tergila-gila ini.

Comments

p.kuatkuat said…
dia dah dapat green light untuk istihar lah,,,kalo tidak silap silap balik bgn dato panjat jolok nyior,,,,,ka,ka,ka