MEMALUKAN : Penerbangan FIRE FLY dibatalkan dari Lapangan Terbang Melaka


Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong menyatakan bahawa semua penumpang Fire Fly dari Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam yang menempah tiket sebelum ini menerima sms pembatalan penerbangan dari syarikat tersebut. 


"Semua penumpang berasa hampa kerana mereka seolah-olah ditipu oleh Kerajaan Melaka dan Fire Fly kerana mereka dijanjikan bahawa syarikat itu akan beroperasi seperti yang dijadualkan, sebab itulah mereka menempah tiket" 

"Sekali lagi rakyat ditipu oleh kerajaan negeri, mereka telah menerima sms dari syarikat penerbabgan menyatakan bahawa penerbangan dibatalkan dan wang mereka akan dipulangkan" tambah Khoo pada ceramah anjuran PAS di Pejabat PAS Bukit Katil malam tadi.

Khoo juga menggesa kerajaan negeri membatalkan penubuhan Syarikat Melaka Air dengan menyewa Kapal Terbang untuk beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM). 

"Untuk mengatasi masalah tiadanya syarikat penerbangan beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam, kerajaan negeri menubuhkan Melaka Air dengan menyewa kapalterbang, ini merupakan tindakan membazir dan bakal menghabiskan wang rakyat:".

"Sewa kapal terbang ini sudah mesti dibayar, bagaimana jika tiada penumpang menggunakan kapal terbang yang disewa ini, sudah tentu syarikat ini akan rugi dan wang rakyat akan dibazirkan, ini bukan sewa teksi, tetapi kapal terbang sudah tentu kosnya tinggi" tegas Khoo.

Menurutnya Ketua Menteri Melaka sering menuduh Kelantan mundur dan tiada pembangunan, tetapi di Lapangan Terbang Kelantan ada 17 kali penerbangan setiap hari tetapi LTAM hanya ada 3 kali penerbangan seminggu.

Khoo juga kesal kerana Ketua Menteri sudah berkali-kali menyatakan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) akan beroperasi sesuai dengan tarafnya sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa tetapi sehingga sekarang semuanya tidak menjadi kenyataan.

"Rakyat sudah banyak kali ditipu dan wang rakyat dibazirkan untuk membesarkan LTAM tetapi ia tetap juga sunyi sepi tiada kapal terbang mendarat" tegas Khoo.

Comments