Ku Li tubuh PARTI BARU?

Bekas Naib Presiden Umno dan Presiden Parti Melayu Semangat 46 (S46) akan menubuhkan parti baru? Sejak akhir-akhir ini beliau sering mengkritik Umno secara terbuka. Pelbagai kelemahan Umno disuarkan oleh beliau. Umno cuba memujuk beliau dengan melantik pemimpin veteran tersebut menjadi Pengarah Pilihanraya BN pada Pilihanraya Kecil Galas tidak lama dahulu. Mungkin Umno menjanjikan sesuatu kepada Ku Li ketika memujuk beliau menjadi Pengarah PRK tersebut.

Tetapi ianya hanya sementara sahaja. Selepas itu suara Ku Li terus terusan tenggelam dan dipinggirkan oleh Umno/BN. Ku Li tidak diberikan peluang yang seluas-luasnya untuk menjelajah ke seluruh Bahagian Umno ketika pemilihan Umno lantaran Presiden Umno takut Ku Li dapat banyak pencalonan pada pemilihan Umno.

Tidak lama dulu, Ku Li mengorak langkah dengan menubuhkan NGO baru diberi nama Angkatan Amanah Merdeka atau dipanggil Amanah.

Keputusan Ku Li menerajui  Amanah, mencetuskan teka-teki di kalangan ramai ahli politik dan penganalisis politik.

Mengapa beliau harus menyertai sebuah NGO? Apakah agenda beliau terutama ketika beliau masih dianggap seorang pemimpin Umno dan ahli parlimen BN yang memerintah?

Namun kita tidak menolak kemungkinan untuk Ku Li menubuhkan parti baru jika beliau yakin suaranya telah dipinggirkan dari arus perdana. Beliau adalah seorang ahli politik yang sudah tentu tidak boleh duduk diam. Sebab itulah beliau berani menubuhkan Semangat 46 dan kembali semula kepada Umno setelah beliau melihat dirinya tidak lagi berpengaruh semasa menerajui S46. 


Beliau adalah seorang pemimpin yang licik mencari peluang untuk meneruskan kerjaya politiknya. Mungkin beliau merasakan dirinya tidak lagi diperlukan oleh Umno, maka beliau mesti mencari 'dahan' baru. Mungkin 'dahan' itu ialah Pakatan Rakyat (PR). Samada PR menerima beliau atau parti baru beliau itu perkara kedua, yang penting beliau mesti menyediakan tapak untuk meneruskan kesinambungan perjuangan dirinya.


Malah jawapannya kepada wartawan semalam menimbulkan teka teki di mana beliau berkata adalah amat sukar untuk menyatakan apa beliau akan lakukan seterusnya.

Comments